CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Kenangan Silam. Show all posts
Showing posts with label Kenangan Silam. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Muka kena lempang dengan kasut...

Teringat aku kejadian semasa waktu sekolah dulu. Pada hari itu aku dan kawan-kawan main bolasepak... Aku cuba-cubalah bermain di posisi penjaga gol yang mana posisi ini belum pernah aku main.. Maka berlakulah satu kejadian yang sampai sekarang masih  segar dalam ingatan aku...


 Kata kawan aku dia mau buat tendangan tanpa bayang..haha




Tetapi begini pula jadinya... kesakitan masih terasa dalam 2,3 hari..

Kalau muka anda kena dengan kasut bola....hmmm faham2 je la...bukan alang2 sakit tapi ia tetap menjadi satu kenangan yang terindah...



Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Monday, September 6, 2010

Hantu menangis kena lempar batu.. Ehhh..ada hantu kah bulan Ramadhan??

Teringat aku kenangan waktu kecil di mana ada  satu kejadian itu seorang kawan aku menerima akibatnya berbuat jahat sesama kawan.

Kisahnya bermula apabila kami pergi ke surau untuk Sembahyang Maghrib dan Isya. Selepas Isya, kami pulang ke rumah masing-masing tetapi yang tak bestnya ialah kami selalu 'terjumpa' hantu di tengah jalan.

Inilah rupa hantu yang sering menakutkan kami tu. Ustaz selalu berkata bahawa dalam bulan puasa semua syaitan dirantai tetapi kami masih jumpa hantu seperti ini hari-hari tau.

Apa lagi setiap kali hantu itu munculn lari bertempiaran lah kami dengan sekuat-kuatnya. Kadang-kadang tu songkok terjatuh tetapi tidak dipedulikan kerana perasaan takut itu.

Satu hari ada seorang kawan aku yang berani dan sengaja menunggu hantu itu muncul lalu dia membaling hantu tersebut dengan seketul batu tepat di kepalanya.. Apa lagi..hantu itu menjerit kesakitan dan menangis kesakitan

Rupa-rupanya hantu yang menakutkan kami selama ini ialah seorang rakan kami sendiri. patutlah setiap kali lepas sembahyang dia cepat-cepat pulang.. Rupanya ingin menunggu untuk menyergah kami di tengah perjalanan nanti.. Tapi kali ini dia terima padanya.. Kepala benjol dan berdarah.



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
 
Bookmark and Share
Share

Sunday, September 5, 2010

Kenangan sewaktu kecil... Lari selamatkan diri dari tembakan senapang patah..huhu

Teringat aku kisah lama sewaktu aku masih kecil dulu..
Biasalah waktu bila bersama kawan-kawan
perangai...huhu
nakalnya


 Sedang kami membuat 'projek' kami tu
tiba-tiba tuan punya kebun datang dengan bawa senapang lagi tu..
Dengan suara keras dia menyergah kami
Apa lagi...

 kami terus berlari sekuat hati
Takut dia tembak kami
Tapi sebenarnya dia tak akan tembak
cuma waktu kecik-kecik agak penakut juga sikit
Lari macam pelari sukan Olimpik
Sampai 110% kekuatan
Ini semua gara-gara ketakutan


 Buah durian yang dipegang pun terlepas
Dan kami semua pun melepas lagi..
Kini semuanya hanya tinggal kenangan..
Hehe..




Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini