Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Sunday, September 26, 2010

Lee Chong Wei kalahkan Lin Dan di terbuka Jepun..

Badi yang dialami oleh Lee Chong Wei selama ini iaitu sentiasa tunduk kepada  jaguh badminton China Lin Dan telah diatasinya pada terbuka Jepun di mana Chong Wei menang dalam permainan 3 set 22-20, 16-21 dan 21-17. Kita ikuti detik-detik perlawanan mereka..

 Chong Wei tetap mempamerkan permainan terbaik walaupun kelihatan letih dalam perlawanan ini

 Jumping smashnya yang selalu memerangkap Lin Dan

 Chong Wei terduduk dalam cubaan mengembalikan pukulan hebat Lin Dan

 Lin Dan Sewaktu rehat mengambil kesempatan menukar reketnya

 Chong Wei bermati-matian dalam mengembalikan pukulan Lin Dan

 Bersalaman selepas perlawanan tamat

 Sebahagian penonton Malaysia

 Chong Wei memberikan penghargaan kepada peminatnya

 Chong Wei sedang menerima hadiah daripada duta Malaysia ke Jepun

Ucapan tahniah daripada Lin Dan kepada Datuk Lee Chong Wei


Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei..Bagaimanapun kemenangan Chong Wei ini gagal dijejaki oleh pasangan bergu utama negara yang juga pilihan utama kejohanan Koo Kon Keat/ Tan boon Heong yang tewas kepada juara dunia dari China dalam perlawanan 3 set dengan keputusan 21-18, 14-21, 16-21.

Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

2 comments:

shark said...

game kali ni agak boring rasa..
sbb dua2 men defence..
slow jer main..
tp congrat Datuk sbb mnang.

iddinm said...

Walaupun begitu aksi mereka yang tiba2 menyerang agak menarik juga

Entri-Entri terkini