Terperanjat pun ada, sedih pun ada, macam-macam lagi perasaan yang bermain dalam perasaan aku apabila aku melihat keadaan sekolah abad ke-21 yang digambarkan oleh Encik Abdul Lahin Karim. Jika keadaan sebeginilah yang masih berleluasa di Sabah tentu ianya sesuatu yang tidak patut berlaku di kala semua rakyat dilaungkan dengan seruan 1 Malaysia oleh Datuk Seri najib.
Aku macam tak percaya yang masih wujud sekolah daif semacam ini. Fikiran aku tertanya-tanya.."sekolah kah ini" dan kenapa sudah 53 tahun merdeka keadaan bangunan sekolah seperti ini masih wujud. Betullah kata Encik Abdul lahin karim yang mengajar di situ yang jika anda mengajar di sekolah seperti ini perkara pertama yang anda fikirkan ialah pengorbanan demi untuk pendidikan anak-anak bangsa dan bagaimana untuk mendidik mereka agar satu hari nanti mereka boleh merubah keadaan yang wujud ini. Mungkin bukan di SK Kaingaran sahaja yang berkeadaan sebegini tetapi juga di tempat lain juga.
Bumbung bangunan yang di sana-sini bocor juga sangat tidak menyelesakan untuk pembelajaran. Jika berlaku hujan sewaktu pembelajaran sedang berlaku maka segalanya akan terganggu dek huja yang menitis ke bawah dari lubang-lubang bumbung yang bocor.
Hakikatnya mana sudah pihak yang berwajib? takkan tutup mata saja apabila anda melihat keadaan seperti ini! Kalau tahun 50-60an keadaan sebegini mungkin 'biasa' berlaku tetapi pada zaman abad ke-21 ini kewujudan sekolah seperti ini tidak dapat di terima.. Encik Abdul lahin telah merakamkan sebanyak 24 gambar di wall facebook nya berkaitan dengan kedaifan sekolah ini.
Pihak kementerian sepatutnya menumpukan perhatian terhadap perkara ini kerana bukankah penyelesaian terhadap permasalahan seumpama ini satu perkara yang lebih utama selain dari perlaksanaan dasar pendidikan umpamanya yang dicadangkan oleh TPM baru-baru ini..? Huhu rakyat menunggu tindakan YB-YB yang 'terlupa' perkara ini...
Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
Share