CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Saturday, September 4, 2010

Syarikat Rampas Tanah Kampung. Kerajaan Tak Peduli...Kesiannya orang ini...hidup dalam keadaan yang sedemikian...

Aku tertarik dengan kiriman yang dikirim oleh Encik Jalibin paidi dalam wall Facebooknya.. Ianya menggambarkan keadaan seorang penduduk kampung Linayukan Tongod di kawasan daerah Telupid yang mana keadaan rumah tempat tinggal keluarganya sungguh menyedihkan. Sudahlah tu rumah usang tersebut yang dibina dari bambu  didiami oleh sebuah keluarga yang agak besar juga.




Kedaifan penghuni rumah ini pernah tersiar di Berita Harian  pada awal tahun ini. Dukacitanya, ia masih dalam keadaan yang sama hingga hari ini dan tuan rumah mengatakan pada Encik Jalibin, yang belum ada sesiapa hadir berkunjung menemuinya untuk menghulur simpati. Saiz rumah usang ini 12'X16' dan dihuni seramai 6 orang.
Kunjungan ke kampung Linayukan Tongod, Telupid, Sabah oleh Jalibin Paidi 

Sepatutnya keluarga ini lebih dari layak dalam mendapat peruntukan PPRT kerajaan. Mungkin kerana sikap wakil rakyat atau lebih tepat lagi JKKK kampung yang gagal dalam melaksanakan tugasnya dalam hal ini. Kalau YB, bila diajukan dengan perkara sebegini biasanya mereka akan menolak masalah ini kepada JKKK dengan macam-macam alasan seperti tidak membuat laporan kepadanya dan sebagainya.

Menurut pemilik rumah ini, mereka ada seramai 10 orang adik beradik yang berkongsi tidak sampai 10 ekar tanah pertanian untuk diusahakan. Dia terpaksa mengambil upah menebas kebun dari orang kampung yang lain untuk menyara keluarganya iaitu 4 orang  anak, isteri dan ibunya.

Sebagai tambahan, perkampungan Linayukan ini sudah diambil oleh syarikat Harum Warta walaupun kampung ini sudah wujud berpuluh tahun, ada Ketua Kampung, tersenarai sebagai salah satu kg dalam Tongod dan ada sekolah, SK Linayukan. Bagaimana pula sebuah syarikat boleh memiliki tanah perkampungan seperti ini?
Tanya siapa? Tanyalah Kepada kerajaan BN di Sabah.. Mungkin pemimpin mereka tahu bagaimana sesebuah syarikat boleh mengambil tanah orang kampung macam ini. Bukan sebidang tapi satu kampung. Kalau berkuasa boleh juga diambil begitu sahaja dan boleh juga dikembalikan untuk mengelakkan kemarahan rakyat.
Kita amat mengharapkan agar pihak kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya dan menyelesaikan perkara ini agar penduduk seperti ini sama-sama menikmati pembangunan yang telah kebanyakan rakyat lain nikmati. Aku rasa keluarga ini bukan sengaja mahu tinggal di rumah yang sebegini tetapi ketidakupayaan keluarga ini dalam mengubah nasib kehidupan mereka harus dibantu..

Siapa lagi yang diharap kalau bukan kerajaan...

Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

6 comments:

Usy@M^^ said...

kesian nasip penduduk kmpng..pe lh yg gov bt ni..org miskin makin dtindas, org kaya makin kaya.. pe lh nasib ..(-_-)"

iddinm said...

Aku terfikir yang banyak lagi benda yang kita tak tahu yang sebenarnya berlaku... Sepatutnya penduduk macam ni dah lama mendapat bantuan PPRT BN.. mana sudah peruntukan itu? Mungkin ada orang salah guna ni...siapa tahu

BUJANG SUSAH said...

pilihanraya akan datang ni nak pilih BN lagi ke sahabat? hehehehe

iddinm said...

saudara BS,
Susahlah aku pilih BN kalau mcm ni... harap2 PR tak sebegini

Zikri Husaini said...

sedih2...

iddinm said...

memang kesian...

Entri-Entri terkini