Musim menyambut hari raya semakin berlalu. Sudah 2 minggu berlalu selepas kita menyambut hari raya 2010. Walaubagaimanapun musim raya ini belum berlalu sepenuhnya di mana masih terdapat ramai orang yang mengadakan sambutan rumah terbuka atau apa-apa acara yang berkaitan dengan hari raya ini..
Sambutan hari raya ini sudah pasti meninggalkan berbagai kenangan manis dan pahit kepada sesiapa sahaja. Bagi yang tidak dapat pulang ke kampung kerana tugas dan lain-lainnya sudah pasti terasa akan kesunyian semasa raya tahun ini. Begitu juga dengan orang yang baru kehilangan ahli keluagra yang tersayang...sudah pasti sambutan raya tahun ini tidak semeriah seperti biasa.
Tidak kurang juga orang yang merayakan perayaan ini dengan gembira di mana kedatang kunjungan sanak-saudara dan ahli keluarga baru sudah pasti menggamatkan lagi suasana. Ada juga yang baru berkahwin sudah pasti merasai kelainan menyambut raya pada tahun ini..
Kanak-kanak sudah pasti sibuk mengira berapa wang raya yang telah dapat dikumpul dan sedang berkira-kira apa mau buat dengan duit itu..
Kenangan bermain bunga api juga sudah pasti dalam kenangan kanak-kanak ini. Sekembalinya mereka ke sekolah pasti ada sesuatu yang akan diceritakan kepada kawan-kawan mereka.
Apa pun sambutan hari raya tahun ini secara majoritinya memang menggembirakan sesiapa sahaja.
Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
Share