Aku kesian melihatnya kerana tidak dipedulikan oleh tuannya.. Mengikut berita yang aku dengar dari kawan-kawannya, sudah satu hari satu malam kerbau ini 'terkubur' dalam tempat berkubang. Kerbau ini terlalu lemah untuk melepaskan diri dari lubang yang terdiri dari tanah liat itu..
Masalah bermula apabila tuan punya kerbau ini yang digunakan untuk mengeluarklan buah kelapa sawit dari dalam ladang tidak mengambil berat tentang kesihatan kerbau tersebut. Sebelum pakai dan selepas pakai, kerbau tersebut terus diikat menyebabkannya tidak mendapat makanan yang mencukupi. Jadi badannya pun telah menjadi terlalu kurus.

Lihat sahaja keadaan kerbau ini yang baru dikeluarkan dari tempat berkubangnya menggunakan winch. kaki dilunjurkan ke belakang dan kelihatan amat tidak bermaya.
Pun begitu apabila diberikan rumput, kerbau ini sedaya upaya memakan rumput tersebut walaupun hanya kepalanya sahaja yang boleh bergoyang. Siapa yang tidak kelaparan apabila sudah sehari setengah tidak makan.
Selepas setengah jam dan 3 kali mencuba akhirnya kerbau ini berjaya juga berdiri . Lihat sahaja tulang belakang pinggulnya.. Jelas kelihatan yang kerbau ini amat kurus..
Pemilik kerbau telah diberikan amaran agar memastikan perkara ini tidak berlaku dan juga mesti mejaga kerbaunya sehingga sihat. Ini kerana kerbau itu amat diperlukan untuk mengeluarkan buah yang telah di petik dari kawasan ladang..
Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
Share