CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Saturday, September 25, 2010

Siapa tak mahu potongan badan yang cantik dan menawan...macam artis ke?

Siapa wanita yang tidak mahu kelihatan cantik dan menawan dengan potongan badan yang menawan? Tentunya bagi wanita yang berbadan "tegap" sudah pasti sentiasa mencemburui kawan-kawannya yang berbadan langsing.  potongan badan ini adakalanya memang besar atau tegap secara semulajadi dan ada yang baru saja membesar selepas bersalin misalnya. Bagaimanapun kita masih boleh berusaha dengan pelbagai cara untuk kembali kelihatan menarik dengan potongan badan yang menarik.

Lihat artis-artis yang disebutkan di bawah... walaupun dah mempunyai anak tetapi potongan badan mereka masih menawan dan boleh mengalahkan anak gadis...hehe

 

Jelita dan langsing seperti mereka.




BERUNTUNG benar wanita-wanita rupawan dan masyhur. Keistimewaan yang ada pada mereka memberikan tuah yang bukan sedikit. Di persada seni tanah air sudah ramai wanita yang cantik, elegan, berjaya dan berkeluarga dicemburui ramai. Kalau mahu disenaraikan jumlahnya tentu panjang berjela, tetapi memadailah kalau sekadar menyebut empat nama tersohor - Ziana Zain, Erra Fazira, Wardina Saffiyah dan Lisdawati.

Mereka memenuhi kriteria wanita yang cantik dan berjaya sehingga menarik perhatian pelangsing badan terkemuka, Slim World sebagai duta. Sebagai selebriti, dalam memastikan penampilan yang sentiasa menarik di hadapan khalayak, badan yang langsing lagi bergaya akui mereka, menjadi perkara yang cukup diutamakan. Seperti wanita lain, mereka tentu sahaja sanggup berhabis sejumlah wang yang banyak sehingga ribuan ringgit hanya sekadar ingin tampil menarik di khalayak ramai. 

Mujur, menjadi duta bagi produk pelangsing itu memberi banyak manfaat kepada mereka dalam menjaga penampilan diri sebagai figura yang menjadi tumpuan ramai. Baru-baru ini, keempat-empat selebriti jelita itu meraikan para ibu tunggal sempena majlis Riang Ria Aidilfitri anjuran Slim World bertempat di Hotel Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.

Ziana rancang rakam mini album

ZIANA merupakan artis yang paling lama setakat ini memegang gelaran duta kepada produk pelangsingan tersebut.Jelasnya, dia sudah mula dilamar oleh Slim World sejak tujuh tahun lalu selepas sebulan melahirkan anak keduanya, Muhammad Ammar Amin, 7. Ketika ini, selain sibuk mempromosikan Slim World, dia juga menjalani sesi promosi untuk filem Magika.

Tidak ketinggalan, Ziana memberi tumpuan pada proses mengumpul bahan untuk menghasilkan beberapa single terbaru pada tahun depan. Jika tiada sebarang halangan, kesemua single yang akan dimuatkan dalam mini albumnya dan sekali gus mengubat kerinduan peminat-peminatnya. Penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Madah Berhelah itu bagaimanapun, mahu supaya konsep lagu-lagunya kali ini lebih dinamik berbanding sebelum ini.

“Saya sangat mengalu-alukan komposer-komposer baru menghasilkan lagu untuk saya sebab kalau boleh biarlah kali ini apa yang dihasilkan sesuatu yang berlainan dan tidak mahu ada yang serupa seperti dulu. “Bercakap tentang identiti dan konsep balad tentu sahaja saya ingin kekalkan cuma yang berbeza ialah dari segi susunan muzik,” kata Ziana. Jelas Ziana, dia ingin menghasilkan sendiri mini albumnya itu memandangkan kontraknya bersama syarikat rakaman EMI telah tamat setahun yang lalu.

Erra sibuk di IB

BERMULA malam ini, debaran Erra Fazira mula dirasakan apabila kali ini dia mencabar diri selama 11 hari menterjemah watak Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menerusi Muzikal Tun Mahathir di pentas Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur. Apa yang diharapkan oleh Erra, lakonannya diterima oleh seluruh peminat teater apatah lagi ini cubaan kali keduanya di lantai teater selepas pementasan Selendang Umi, 14 tahun lalu.

“Saya akan buat yang terbaik cuma tidak mahu penonton meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada saya. “Karakter yang dibawa benar-benar menguji saya. Mujur tidak banyak tekanan yang saya hadapi kerana saya hanya membawa beberapa babak Tun Siti Hasmah ketika muda,” kata Erra yang pertama kali berpeluang berlakon di lantai IB. Ini merupakan tahun kedua Erra menggenggam gelaran duta kepada produk pelangsingan Slim World.

Sementara itu, Erra dalam masa yang sama turut menyatakan kekecewaannya apabila filem usahasama Bollywood lakonannya, Hidden masih belum menunjukkan tanda positif akan menemui peminat di pawagam. “Saya pernah tengok hasil filem itu pada sesi dubbing dahulu. Terkilan juga kerana usaha kita keluarkan tenaga dan karakter ketika lakonan dalam filem itu sehingga kini tidak nampak hasilnya. “Sungguhpun bayaran sudah sepenuhnya diterima namun, saya ingin melihat hasil lakonan yang dihasilkan oleh tenaga kerja dari Bollywood,” kata Erra lagi.

Wardina tulis buku

MENGHASILKAN buku kanak-kanak dan kekeluargaan menjadi fokus utama selebriti ayu ini. Merasakan kepuasan dalam penulisan, pelajar semester ketiga jurusan psikologi di salah sebuah universiti swasta tempatan itu ingin usaha yang dilakukannya membuahkan hasil yang memberangsangkan. Jelas Wardina, biarlah konsep penulisannya itu statik dan menjadi pengenalan dirinya.

“Saya cukup selesa menulis tentang kanak-kanak dan ibu bapa. Bagi saya inilah imej saya dalam penulisan dan saya mahu khalayak menjadikannya sebagai panduan. “Alhamdulillah sehingga kini jualan buku-buku yang saya hasilkan termasuk Mama, Saya Lapar… dan Siapa Alien mendapat sambutan yang menggalakkan,” kata Wardina. Sehingga kini, hos rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 itu giat mengumpul bahan untuk dimuatkan dalam buku-buku yang bakal dihasilkan olehnya tidak lama lagi.

Menjadi hos, pelajar, penulis dan dalam masa yang sama berperanan sebagai isteri dan ibu menuntutnya menjalani takwim harian yang tersusun sebaik mungkin. Kerana itu kata wanita yang manis bertudung itu lagi, waktu menjadi perkara yang amat berharga dalam kehidupannya kini. “Biarpun kadangkala terasa seperti tidak cukup rehat namun, saya seronok dengan apa yang saya lakukan,” katanya yang telah empat tahun mengikat kontrak sebagai duta Slim World.

Lisdawati tiada masalah berat

LISDAWATI merupakan selebriti yang sedari mula kemunculannya memiliki bentuk tubuh yang langsing. Tidak seperti selebriti lain yang berhempas pulan menurunkan berat badan selepas melahirkan anak, jelas Lisda, dia tidak pula perlu mengikat perut semata-mata ingin mengembalikan tubuh ke bentuk asal.

“Saya agak bertuah kerana proses menurunkan berat badan tidak terlalu susah. Saya memang tiada masalah untuk makan malah tidak perlu pula mengikat perut. “Awalnya, sasaran saya hanyalah 50 kilogram (kg) namun kini telah terlajak sehingga 48 kg. Bagi pihak Slim World, mereka memang sudah gembira dengan berat saya sehingga kini cuma saya kalau boleh ingin bentuk badan saya seperti ketika saya memasuki Sehati Berdansa dahulu.

“Saya kalau boleh ingin ada potongan. Badan saya ketika itu memang saya rasa tegap dan apabila mengenakan apa-apa pakaian pun memang rasa selesa,” kata Lisda. Bercerita tentang perkembangan terkini, jelas Lisda, tidak lama lagi dia bakal terlibat dalam sebuah program tarian di Astro, Mari Menari sebagai mentor bersama berberapa artis lain termasuk Erra Fazira dan Zulhuzaimi. Selain itu, Lisda juga bakal terlibat dalam sebuah drama produksi arahan Erma Fatima, Aku Bukan Mariam yang bakal memulakan penggambarannya pada 27 September ini.

“Ini kisah yang agak Islamik untuk TV9 dan juga bakal melibatkan proses pengambaran di Mekah.“Ia mengisahkan kisah percintaan tiga segi antara dua sahabat baik yang rupa-rupanya menyintai lelaki yang sama,” katanya yang bakal bergandingan dengan Siti Shahriza (Eja).


sumber:
utusan 



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

5 comments:

Sumandak Kinabalu said...

Kalau jenis yang banyak duit boleh lah pergi kemana mana beauty centre...
Tapi semuanya bergantung kepada car hidup masing2, kalau kaya raya tapi pemakanan tak jaga sama juga...
Apapun, paling penting jaga hati kita. Jangan simpan dendam or perasaan yang buruk, sebab apa yang kita simpan dalam hati akan nampak dari air muka kita juga...
Kan kecantikkan tu datang dari dalam ^ ^

suzzsuzie said...

orang ada nama bolehla jadi duta....bolehla slim mlim...tp sekarang ni memang ramai mak orang yang badan macam anak dara....

CT said...

off course nak kurus cam artis tap...tapi mcm ketapi...hahhaa

Roxy zai said...

Cubalah Herbalife!!=)

iddinm said...

Ubat ramping dan kurus yang paling mujarab ialah bersyukur dengan keadaan diri dan cuba untuk hidup sihat.

Entri-Entri terkini