Tahun 2010 sudah semakin sampai ke penghujungnya di mana tinggal kira-kira sebulah setengah atau 45 hari lagi kita akan melangkah lagi ke tahun baru 2011. Namun setakat ini pernahkah kita melihat setakat mana pencapaian kita sepanjang tahun ini? Adakah kerana terlalu sibuk dengan kerja seharian sehinggakan kita lupa untuk menilai pencapaian kita??
Untuk seorang pelajar mungkin wawasan atau cita-cita atau lebih ringkasnya "azam baru" mereka amat mudah iaitu berjaya dalam pelajaran. Lebih-lebih lagi bagi yang menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM, STPM atau diplama, ijazah dan sebagainya. Hanya perlu fokus dan usahakan untuk mencapai sesuatu di sana. Bukanlah saya katakan azam mereka ini senang dicapai tapi hala tujunya memang untuk berjaya dalam pelajaran mereka.
Bagaimana pula dengan orang yang sudah berkerja? bagaiman pencapaian anda sepanjang tahun 2010 yang hampir tamat? baguskah pencapaian anda atau adakah anda berpuas hati dengan apa yang anda telah lakukan sepanjang tahun ini? Sudah tentu apa yang anda usahakan sepanjang tahun akan reflex kepada increment dan bonus yang akan anda terima pada awal tahun akan datang. Kepuasan itu sudah pasti hanya anda yang akan tahu di mana hanya anda yang akan tahu bagaimana perasaan anda mengenai pencapain anda pada tahun ini.
Ada juga yang berhajat menamatkan zaman bujangnya tahun ini kerana mungkin usianya yang telah bertambah lanjut sedangkan belum berumahtangga. Teruskan usaha anda dan semoga berjaya.
Tidak kurang yang ingin lebih berjaya dalam kerjaya dan bisnes. kalau kena dengan perancangan yang betul dan usaha yang gigih serta sedikit tuah maka anda pasti akan berjaya juga.
Bagi yang belum mencapai apa-apa, masih anda sebulan setengah lagi masa yang ada untuk cuba mencapai sisa-sisa azam anda yang belum tercapai. Walaupun anda mungkin tak dapat mencapainya pada tahun ini tapi sekurang-kurangnya anda puas hati dengan usaha terakhir anda.
Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
Share