CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, November 30, 2010

Real Madrid tersungkur di tangan Barcelona 5-0..

Keangkuhan Real Madrid yang bermegah dengan rekod tanpa kalah musim ini di bawah pimpinan Jose Mourinho berakhir semalam apabila mereka tewas 0-5 di Nou Camp awal pagi tadi. Jose Mourinho dan anak-anak buahnya dengan masam muka meninggalkan gelanggang yang menyaksikan mereka dimalukan oleh seteru utama mereka dalam pertandingan musim ini. 





Kemuraman jelas kelihatan di wajah semua pemain dan pegawai Real Madrid. Sebelum bertandang ke Nou Camp, Ronaldo dengan bangganya mengatakan bahawa Barcelona akan berdepan dengan Real Madrid yang baru dan jauh lebih mantap dari pasukan Real madrid musim lalu.. Nyata semua itu hanyalah khayalan mereka semata-mata di mana mereka diperbudak-budakkan oleh pasukan Barca.

Barulah Jose Maurinho tahu yang nasib kita umpama pusingan tayar kereta... kekadang di atas dan kadang-kadang di bawah.. Barulah Jose Mourinho yang laut dalam tidak boleh diduga dengan kail yang sejengkal.. Barulah Jose Mourinho tahu yang tangkalnya belum cukup dan pengalamannya gagal digunakan semalam.

Pun begitu kekalahan ini tidak bermaksud pasukan Real telah hilang peluang untuk memenangi gelaran liga musim ini kerana perjalanan baru setengah musim dan beberapa pasukan masih berpeluang memenangi gelaran utama musim ini.

Kemenangan Barcelona semalam adalah kerana taktik permainan mereka yang konsisten menekan barisan pertahanan Real dan tidak membiarkan pemain Real mengawal bola dengan lama apabila mereka kehilangan bola. Xavi Hernandez menjaringkan gol pertama selepas hanya 10 minut perlawanan berlaku. Gao seterusnya dijaringkan oleh Pedro Rodrigue (18), David Villa (54 & 56) dan Jeffren Suarez (90).



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini