Seperti biasa apabila musim perayaan tiba maka sunyilah tempat berkerja di mana ramai kawan yang merayakannya akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan perayaan masing-masing.
Umpamanya dulu sewaktu perayaan hari raya puasa, ramai kawan-kawan muslim bercuti dan sudah pasti rakan lain akan berasa kesunyian ditinggalkan berkerja. Ditambah pula ramai yang mengambil cuti sehingga seminggu sudah pasti ianya satu jangka masa yang lama.
Sekarang tiba lagi musim perayaan iaitu krismas. Rakan-rakan yang beragam kristian akan bercuti panjang untuk merayakannya. tinggallah hanya beberapa lagi rakan muslim yang bertugas di tempat kerja. Biasanya di tempat aku kerja ada 32 orang staff yang bertugas. Tetapi sekarang hanya tinggal 8 orang saja lagi kerana mereka semua bercuti untuk merayakan perayaan krismas. Tentulah sunyi dari biasa.
Pun begitu itu hanya satu minggu...selepas itu semuannya akan pulih seperti biasa dan suasana kerja lama akan kembali..
selamat menyambut krismas kepada rakan-rakan yang menyambut perayaan ini...
Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
Share