CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, January 17, 2011

Akademi Fantasia ke-9 adalah yang terakhir?

Akademi Fantasia ke-9 adalah yang terakhir? Perintis rancangan realiti Tv di negara ini sudah melabuhkan tirainya yang terakhir dan yang ke-9. Menurut pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi,program yang mendapat sambutan hangat sejak 2003  itu terpaksa melabuhkan tirai untuk memberikan peluang kepada program baru..

Program realiti TV ini memang mendapat sambutan hangat di seluruh tanahair sehinggakan kanak-kanak pun tahu yang ada siaran pencarian penyanyi di seluruh tanah air.

Untuk musim terakhir ini sesi ujibakat hanya akan diadakan di dua buah bandar iaitu Kota Kinabalu di Hotel Promenade pada 28,29 dan 30 Januari dan Kuala Lumpur pada 11,12,13 Februari depan..

Bagi memberikan kelainan ujibakat secara online akan dibuat bermula 13 hingga 27 Januari dengan menghantar klip video nyanyian mereka di www.akademifantasia.com.my. Ini bagi memudahkan peserta menghantar sendiri klip mereka tanpa perlu datang ke satu tempat yang jauh dari tempat asal mereka.

Malah ini akan menambahkan peminat mereka dengan upload klip mereka ini di Facebook atau Youtube. 

Pengetua yang hangat diperkatakan bagi musim terakhir ini yang diadaptasi dari rancangan popular Mexico Le Academia ini ialah komposer terkenal Indonesia Erwin Gutawa




Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini