Aku catatkan ini kerana aku melihat apa yang berlaku, bukan hanya cerita rekaan semata-mata..
Cerita aku ini berkaitan dengan penempatan guru-guru baru di seluruh tanah air yang baru sahaja berlangsung. Sudah pasti ada keluhan di kalangan guru-guru baru yang ditempatkan di kawasan-kawasan yang amat berjauhan dengan tempat asal mereka. OK.. penempatan sebegini memang bagus dan aku setuju untuk menambahkan pengalaman tentang kesusahan terutama kepada semua guru baru.
Tapi yang tak berapa bagusnya ialah bagaimana keadaan mereka bila mengajar ke tempat yang jauh dari asal mereka? Adakah tempat tinggal mereka? Kalau mereka tiada keluarga di sana macamana? Kamu pun mesti tau yang guru baru, yang fresh dari universiti ayau maktab bukannya berduit... Misalannya orang kes di Sabah.. Orang Tawau atau Sandakan dihantar ke Pitas.. Tiada keluarganya di situ.. Sudahlah tu yang saya tahu sekarang rumah guru pun tiada yang kosong.. Jadi kena cari rumah sewa.. macamana tu?
Kementerian mesti mengusahakan rumah guru yang tak payahlah best sangat..cukuplah boleh tinggal atau lebih senang cakap...rumah sedarhana untuk mengatasi masalah ini.. kalau berlanjutan pasti akan mempengaruhi kualiti pengajaran mereka. Harap masalah ini dapat di atasi dengan segera.. samada menilai balik proses penempatan atau menyediakan kemudahan yang seadanya kepada semua bakal kakitangan mengajar di seluruh tanah air..
Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih.
Share