CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, January 5, 2011

Blog baru tapi follower dah beribu-ribu.. Blogger2 otai tak jeles ke??

Untung kalau anda mendapat manfaat dari satu berita semasa yang sensasi dan sekaligus membuatkan blog anda mempunyai begitu ramai pelawat dan seterusnya menjadi follower anda.  Kalau nak kira komen pun ada beratus-ratus..

Aku suka melihat dan mengunjungi beberapa blog yang aku rasa agak ramai pengunjung seperti BenAshaari.com yang mana setakat aku tulis entri ini followernya sudah 7203 orang.. ramai tu.. tetapi jejariruncing pula mempunyai follower lebih ramai dari itu . Fan facebook KFCM pula seramai 270375... kalah-kalah perdana menteri tau..

Kisah perkembangan kerjaya KFCM sebagai penjaga gol dicoretkan dengan detail di blog  aweknya. Memang penuh dengan cabaran liku-liku permainan bolasepaknya yang akhirnya beliau berjaya melaluinya dan menjadi penjaga gol no 1 Malaysia ketika ini.

Ben Ashaari kata dia tak jeles dengan perkembangan ini [klik sini] walaupun dalam masa kurang dari sebulan follower jejariruncing berjaya memintas follower blognya. Bagi aku sendiri setiap blog itu mempunyai daya tarikan tersendiri. Seburuk mana pun blog itu pasti ada sesuatu yang akan menarik bagi sesetengah orang dan itu sudah memadai.

Jadi tak payahlah jeles-jeles dengan pencapaian jejari runcing yang mendapat manfaat dari kejayaan pasukan Malaysia menjadi juara piala AFF suzuki yang mana telah menaikkan nama Khairul Fahmi che Mat seterusnya mempopularkan aweknya dan blognya.



Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini