CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label kasut yang sesuai. Show all posts
Showing posts with label kasut yang sesuai. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Aku betul-betul sayangkan dia..

Bagaimana rasanya  jika anda sudah bersama lebih kurang 18 tahun? pasti banyak kenangan pahit dan manis yang telah kamu lalui bersama. Banyak perkara yang membolehkan kenangan itu sukar dilepaskan atau dilupakan.

Kalau hampir setiap masa dalam 18 tahun tu anda sentiasa bersama maka tentu ada nilai-nilai sentimental yang ada dalam jiwa anda. Apa lagi jika dalam 18 tahun itu anda tidak pernah bergaduh dengan nya. Dia tidak pernah menyusahkan anda. Memang sedih jika berlaku perpisahan berlaku apatah lagi sudah bersama begitu lama.

Tapi apa nak buat, perpisahan ini tak dapat dielakkan kerana sudah pasti tiap pertemuan ada perpisahannya. Walaupun agak sedih juga tak dapat buat apa-apa. Inilah kenangan aku bersama dengan kasut puma aku yang banyak nilai-nilai sentimental pada aku.

Gambar tahun 2009

Kasut inilah yang membawa banyak tuah kepada misalnya dipakai dalam mencari pekerjaan sampai sekarang.  Kasut inilah yang selalu aku pakai semasa kuliah dulu. Aku beli kasut ini pada tahun 1994 di Pertama Kuala Lumpur dan sudah repair tapaknya beberapa kali. Tapi apakan daya baru-baru ini ianya tidak dapat diselamatkan kerana hancur digigit anjing jiran sebelah.. Nak marahpun susah juga.


Itulah sebabnya kenapa aku sayang betul "dia".




Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Saturday, July 30, 2011

APAKAH NILAI SEBELAH KASUT?

NILAI SEBELAH KASUT



Pada suatu hari saya menaiki bas utk pulang kekampung. Saya masuk kedalam bas lebih awal sebelum bas bergerak dari stesen untuk mengelak kesesakan. Agak lama menunggu...akhirnya tibalah waktu bas bertolak. Driver bas sudah sedia berlepas dan apabila bas mulai bergerak tiba-tiba saya lihat ada seorang tua yg bergegas untuk menaiki bas yang sama. Orang tua tersebut berlari dan berjaya melepasi pintu yg hampir tertutup itu. Tetapi dalam kelam kabut itu, kasut sebelah kaki kirinya tersangkut dan terjatuh sejurus sebelum pintu tertutup. Saya memerhatikan orang tua itu dari jauh, orang tua itu kelihatan tenang saja.

Apabila bas mulai bergerak orang tua itu dengan tenang mencampakkan kasutnya yang sebelah kanan melalui jendela dan beliau duduk disebelah saya dengan tenang sambil tersenyum. Saya pun menyapa orang tua itu ” Saya memerhatikan apa yg Pak Cik lakukan tadi, Mengapa Pak Cik melepaskan kasut yang sebelah lagi?”. Dengan tenang Pak Cik tu menjawab ” Supaya sesiapa saja menemui kasut aku itu dapat memanfaatkannya”.

Inilah peristiwa jiwa yang tenang, berpandangan jauh dan dipenuhi kerahmatan dan kekayaan. Pengalaman adalah guru terbaik dan jujur...fahamlah saya bahawa;

1.Jangan kita pertahankan sesuatu yang kita sahaja ingin memilikinya atau tidak mahu orang lain memilikinya.

2.Kita kehilangan banyak hal dalam hidup kita, tetapi seolah takdir tidak adil pada diri kita , namun ianya guru kepada kita supaya terang berfikir Positif, dapat diertikan supaya kita menjadi dewasa secara emosional dan spiritual.

3.Sedarlah bahawa pertukaran antara kehilangan sesuatu dan mendapatkan sesuatu harus terjadi. Seandainya tidak terjadi kehilangan maka mungkin tidak datang yg baru.

4.Tuhan telah menentukan bahawa, Itulah waktunya si tua itu sepatutnya melepaskan kasutnya dan nanti dia dapat mengantikannya dengan yg lebih baik.

5.Satu kasut hilang adakah yg satu lagi itu bernilai...mungkin orang lain lebih memerlukannya...mungkin kasut jadi sangat berharga bagi pengemis jalanan...si miskin

6.Berkeras mempertahankannya tidak menjadikan kita orang yang bijak atau menjadikan dunia ini lebih baik.Kita harus memutuskan bilakah sesuatu hal atau seseorang masuk dalam hidup kita atau bilakah kita lebih baik bersama-sama seseorang yg lain. Dan pada saatnya kita berupaya mengumpulkan keberanian untuk mlepaskannya.

Setiap ketentuan illahi pasti ada hikmah disebaliknya. Redhalah dengan ketenTuannYa kerana pasti kita beroleh rahmat dan "pertukaran" daripada sebuah kehilangan..-)





Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih.

Bookmark and Share
Share

Friday, October 1, 2010

Rahsia Kasut

Kasut dinamik

Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
fatin@bharian.com.my


WONG Li Zern memberi keterangan mengenai kesesuaian kasut yang diperlukan mengikut jenis tapak kaki.

Pergerakan sempurna pelihara kaki daripada alami kecederaan

SETIAP individu yang dilahirkan ke dunia ini terbahagi kepada tiga jenis tapak kaki berbeza dan setiap permukaannya memerlukan jenis kasut bersesuaian terutama bagi mereka yang gemar bersukan, pemilihan kasut yang tepat memainkan peranan penting agar kecerdasan tidak terganggu.

Ketika melakukan aktiviti berjalan laju, berlari dan melompat, tekanan yang kuat akan dikenakan terhadap otot di bahagian betis, peha dan punggung. Oleh itu, penggunaan kasut yang betul mampu mendorong kepada pergerakan sempurna selain ia mampu memelihara kaki daripada mengalami kecederaan.

Sehubungan itu, untuk tampil menarik dan selesa sudah menjadi kebiasaan bagi mereka, selain memberi penekanan terhadap penjagaan kulit, solekan dan pakaian, kasut juga memainkan peranan baik dalam melakukan urusan pejabat mahupun beriadah.

Kini, evolusi rekaan kasut sukan terutama untuk wanita yang semakin aktif beriadah menyaksikan lonjakan yang semakin berteknologi tinggi dan bermutu selain memberikan keselesaan ketika disarungkan ditambah pula dengan sentuhan canggih serta bergaya.

Pengurus Pemasaran Komunikasi Nike Malaysia, Menaha Nadaraja-Berglund, berkata pemilihan kasut adalah berdasarkan antaranya kestabilan diri, gaya mereka dan teknik pergerakan yang sering dilakukan serta bukan semata-mata mengikut keselesaan mata memandang saja.
Nike Lunar Glide+

“Setiap individu tidak dilahirkan sama dan wanita serta lelaki memerlukan pemilihan kasut bergantung kepada keperluan masing-masing. Berat wanita adalah dalam lingkungan 10 hingga 15 peratus lebih ringan berbanding lelaki.

“Oleh itu, kasut untuk wanita diletakkan busa lembut pada bahagian bawah tumit dan dengan manfaat Dynamic Support, ia berupaya menyelaraskan ibu jari kaki yang mengembang bagi menampung lebar berbeza kerana wanita berkemungkinan mempunyai kaki yang lebih besar pada bahagian hadapan," katanya.

Menaha ketika melancarkan Nike Run For My School Challenge berkata, memandangkan kehendak yang semakin meningkat, kasut sukan Nike, Nike LunarGlide+ menjadi antara kasut sukan rekaan terkini yang bersifat ringan dengan seni reka bentuk inovatif yang dinamakan sebagai Sokongan Dinamik.

Katanya, Sokongan Dinamik yang dihasilkan itu bertindak sebagai struktur sokongan bersesuaian dengan gaya lenggang pengguna ketika mengenakan kasut sukan berkenaan untuk melakukan riadah atau kegiatan lain. "Kasut yang dihasilkan dengan kaedah Sokongan Dinamik ini juga menyediakan asas perlindungan dan kestabilan yang diperlukan oleh setiap kaki serta direka khusus untuk kegunaan kedua-dua jantina serta mempunyai sokongan mahupun kestabilan berbeza.

“Sifatnya yang ringan juga mampu melahirkan keselesaan kepada pengguna. Kasut yang ringan berupaya mengurangkan beban dikenakan terhadap kaki selain mempercepatkan pergerakan serta mengurangkan risiko bunion pada kaki,” katanya.

Bagi menambahkan lagi keselesaan ketika menyarung Nike LunarGlide+, gabungan busa Lunarlite dan teknologi Flywire yang pernah digunakan pada sukan Olimpik Beijing pada 2008 buat pertama kali ketika itu, akan membuatkan kasut lebih ringan dan berunsurkan sokongan lain.

Gabungan kedua-dua bahan penyokong yang diletakkan di bahagian lapisan tengah tapak kasut menjadikan kasut hanya seringan 8.6 auns buat wanita manakala kasut lelaki hanya memerlukan 10.6 auns yang mana ia cukup selesa untuk disarungkan dan tidak memenatkan kaki ketika beriadah lebih-lebih lagi untuk jangka masa lebih panjang.

“Selain ringan dan berteknologi tinggi, kasut ini juga sesuai digunakan untuk perjalanan yang jauh berikutan ia mempunyai sintetik microfiber yang lembut tapi kuat ditambah pula dengan busa stokin, direka khas untuk kedua-dua jantina bagi mengekalkan keselesaan setiap langkah,” katanya.

INFO
Berikut adalah panduan memilih kasut untuk bersenam:

-Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Jika waktu itu anda berhajat hendak membeli-belah, gunakan saat akhir sebelum pulang ke rumah untuk singgah ke kedai kasut kerana otot di kaki waktu itu sedang mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika berolahraga.

-Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki, pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki anda.
 
-Pilih kasut senaman baru yang tidak 'menggigit' bahagian ibu jari kaki kerana dengan harga kasut olahraga yang kini kebanyakannya mencecah ratusan ringgit, ia akan merugikan anda jika tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.
-Pilih kasut senaman mengikut kesesuaian jenis olahraga. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis. Sukan jenis ini boleh mengundang risiko kecederaan pada jari dan otot pergelangan kaki akibat bebanan yang bertumpu pada tumit ketika berolahraga.



-Jangan lupa, pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen tebal dan ringan untuk mengurangkan risiko kecederaan. Bagaimanapun, jika anda mencari kasut yang sesuai digunakan untuk senaman jalan kaki dan joging, kasut berkusyen tebal digalakkan.



P/s:
Pilihlah kasut yang sesuai dengan kaki anda tapi ingat juga pada gaya anda...
Share

Entri-Entri terkini