CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label pokook satu kilo.... Show all posts
Showing posts with label pokook satu kilo.... Show all posts

Thursday, August 5, 2010

TV3 MENYIARKAN BERITA YANG SUDAH BASI...?? Cerita apa ye??

TV3 hari ini dalam buletin utama menyiarkan berita berkaitan binatang mahal 'TOKEK' yang sudah lama popular di Sabah.. kalau tak silap sudah hampir setahun cerita itu menjadi bualan penduduk Sabah. Apa tidaknya apabila harga yang ditawarkan oleh pembeli amat tinggi sehingga mencapai ratusan ribu jika beratnya mencukupi.

gambar tokek dari google sekadar hiasan

Ada kawan dari Semenanjung malaysia menelefon dan bertanyakan pasal binatang tokek ini atau lebih dikenali sebagai 'Pokook' di Sabah. Bila ditanyakan dari mana beliau mendapat berita ini maka beliau menjawap dari TV3..Alahai..lambatnya lah berita tu sampai ke Semenanjung malaysia yee. Dalam berita tadi juga diterangkan yang ramai orang di Kedah sekarang sedang sibuk mencari tokek.. harap-harap mereka dapat tokek yang besar dan mereka akan jadi kaya raya selepas ini.. Kemungkinan jabatan hidupan liar akan mengharamkan penangkapan tokek selepas ini kerana kalau tokek diburu secara meluas maka ini akan menyebabkan kehidupan spesis ini akan terancam dan tidak mustahil akan pupus.

Kandungan dalam badan tokek yang dikatakn boleh mengubati berbagai-bagai penyakit termasuk kanser dan aids menyebabkan tokek semakin di buru dan di beli dengan harga yang mahal..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Friday, July 23, 2010

Tokek oh tokek..di manakah dikau...Kenapa kau senyap...Aku mahu rm..rm..rm ni

Tokek oh tokek.. cerita tokek dan pokook sudah semakin senyap..Kenapa? Adakah tokek di hutan atau di pondok-pondok sudah habis atau jumlah yang sudah ditangkap telah mencukupi? Apapun keadaannya cerita tentang tokek sememangnya sudah reda..tidak seperti dulu di mana cerita tentang tokek ada di kedai-kedai kopi dan sebagainya..

Pernah terjadi cerita di lahad datu Sabah di mana 2 orang sanggup berbunuhan antara satu sama lain kerana berebutkan seekor tokek yang cuma 250gram... Begitulah bernilainya tokek pada masa itu..

Mungkin sekarang masih bernilai tetapi cuma ceritanya sudah senyap dan tiada urusniaga secara terbuka. Ramai juga orang yang telah mula memelihara tokek atau pokook. Ada yang menangkap beberapa ekor dan dilepaskan di rumah mereka dengan harapan tokek itu cepat membesar dan akan mendatangkan pulangan yang besar kepada mereka nanti..

Biarpun begitu tidak kurang juga orang yang berjaya menjadikan tokek satu sumber pendapatan mereka.. Ada seorang di ranau yang hanya menjual tokek kecil dan tiada saiz.. iaitu , 250 gram telah menjana lebih kurang rm20,000 hasil dari penjualan tokek.. Satu ekor cuma 2 atau 3 ratus tapi kalau banyak boleh menjadi banyak juga..

Tokek memang berjaya menjadi satu cerita yang popular dikalangan penduduk tempatan dan akan menjadi kenangan selama-lamanya..
 


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.


Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini