CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Pokook. Show all posts
Showing posts with label Pokook. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

TV3 MENYIARKAN BERITA YANG SUDAH BASI...?? Cerita apa ye??

TV3 hari ini dalam buletin utama menyiarkan berita berkaitan binatang mahal 'TOKEK' yang sudah lama popular di Sabah.. kalau tak silap sudah hampir setahun cerita itu menjadi bualan penduduk Sabah. Apa tidaknya apabila harga yang ditawarkan oleh pembeli amat tinggi sehingga mencapai ratusan ribu jika beratnya mencukupi.

gambar tokek dari google sekadar hiasan

Ada kawan dari Semenanjung malaysia menelefon dan bertanyakan pasal binatang tokek ini atau lebih dikenali sebagai 'Pokook' di Sabah. Bila ditanyakan dari mana beliau mendapat berita ini maka beliau menjawap dari TV3..Alahai..lambatnya lah berita tu sampai ke Semenanjung malaysia yee. Dalam berita tadi juga diterangkan yang ramai orang di Kedah sekarang sedang sibuk mencari tokek.. harap-harap mereka dapat tokek yang besar dan mereka akan jadi kaya raya selepas ini.. Kemungkinan jabatan hidupan liar akan mengharamkan penangkapan tokek selepas ini kerana kalau tokek diburu secara meluas maka ini akan menyebabkan kehidupan spesis ini akan terancam dan tidak mustahil akan pupus.

Kandungan dalam badan tokek yang dikatakn boleh mengubati berbagai-bagai penyakit termasuk kanser dan aids menyebabkan tokek semakin di buru dan di beli dengan harga yang mahal..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Friday, July 23, 2010

Tokek oh tokek..di manakah dikau...Kenapa kau senyap...Aku mahu rm..rm..rm ni

Tokek oh tokek.. cerita tokek dan pokook sudah semakin senyap..Kenapa? Adakah tokek di hutan atau di pondok-pondok sudah habis atau jumlah yang sudah ditangkap telah mencukupi? Apapun keadaannya cerita tentang tokek sememangnya sudah reda..tidak seperti dulu di mana cerita tentang tokek ada di kedai-kedai kopi dan sebagainya..

Pernah terjadi cerita di lahad datu Sabah di mana 2 orang sanggup berbunuhan antara satu sama lain kerana berebutkan seekor tokek yang cuma 250gram... Begitulah bernilainya tokek pada masa itu..

Mungkin sekarang masih bernilai tetapi cuma ceritanya sudah senyap dan tiada urusniaga secara terbuka. Ramai juga orang yang telah mula memelihara tokek atau pokook. Ada yang menangkap beberapa ekor dan dilepaskan di rumah mereka dengan harapan tokek itu cepat membesar dan akan mendatangkan pulangan yang besar kepada mereka nanti..

Biarpun begitu tidak kurang juga orang yang berjaya menjadikan tokek satu sumber pendapatan mereka.. Ada seorang di ranau yang hanya menjual tokek kecil dan tiada saiz.. iaitu , 250 gram telah menjana lebih kurang rm20,000 hasil dari penjualan tokek.. Satu ekor cuma 2 atau 3 ratus tapi kalau banyak boleh menjadi banyak juga..

Tokek memang berjaya menjadi satu cerita yang popular dikalangan penduduk tempatan dan akan menjadi kenangan selama-lamanya..
 


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.


Bookmark and Share
Share

Saturday, July 3, 2010

Tokek seberat 64kg berharga rm64 juta satu pembohongan dan cerita karut...

Cerita mengenai penemuan seekor tokek seberat 64 kilogram adalah pembohongan semata-mata. Cuba anda lihat betul-betul gambar di bawah. Dari gaya orang yang duduk macam di stesen bas kampung dengan helmet di tempat duduk...ini hanyalah ciptaan photo editor dan cerita mengenainya hanya diperbesar-besarkan oleh orang yang berkepentingan. Kenapa hanya satu foto yang ada?

Kalau anda mahir mengedit photo dengan menggunakan photoshop editor maka mudah sahaja untuk menghasilkan gambar seperti ini.. Anda boleh memindahkan gambar  badan tokek dari satu photo ke photo bus stop tempat budak ini duduk...

Semua orang pun kena tipu oleh cerita ciptaan komputer ini..
Dengan menggunakan photoshop editor juga anda boleh membesarkan bahagian yang anda suka pada mana-mana bahagian photo. Misalnya jika anda ingin kakinya kelihatan besar maka anda boleh mengeditnya hanya dengan menggunakan mouse..


Gambar yang ini pula tokek ka tu? macam satu cicak yang selalu kedapatan di National Geographic. Ada cicak jenis Salamander yang selalu dijumpai di negara seperti USA yangt besar seperti ini tapi ini bukanlah tokek..

Jika anda disajikan dengan berita dan gambar, maka ada eloknya anda mengkaji dulu kebenaran gambar itu kerana kadang-kadang cerita kecil boleh menjadi sebesar gunung jika diperbesarkan oleh orang yang ingin mengaut keuntungan dari cerita yang mereka hasilkan.. Kalau benar cerita itu sudah lama orang Indonesia dan Filipina kaya-raya kerana mereka biasa memelihara tokek di rumah mereka sebagai haiwan peliharaan..

Tapi setakat ini tidak ramai orang yang telah menjadi kaya kerana tokek..entah2 belum ada..

Kalau anda ingin membaca cerita penjualan tokek semahal rm64 juta atau kalau Rupiah rp179milyar...sila ke link di bawah:



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Saturday, June 26, 2010

duit mudah!!! Pokook atau TOKEK boleh di jumpai pada lubang kulit kayu..???

Sudah beberapa bulan berlalu semenjak cerita pokook atau tokek menjadi hangat dan kini masih lagi merupakan salah satu topik perbualan yang paling hangat dikalangan penduduk tempatan setanding dengan cerita bolasepak piala dunia. Biarpun begitu rata-rata mereka menyatakan yang binatang ini amat sukar di cari terutamanya yang bersaiz besar dan berharga tinggi seperti yang dikehendaki oleh pembeli iaitu 300gram. Pokook atau tokek yang beratnya 150gram ke atas boleh juga dijual tetapi harganya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan yang mempunyai berat 300gram. Jadi bolehlah dikatakan bahawa batasan harga tinggi dan rendah ialah 300 gram..

Jika di tempat liar dan bukan dipelihara tokek boleh dijumpai pada pokok yang berlubang seperti di bawah.. 


Tokek suka menyisip pada rekahan kulit kayu dan menjadikannya sebagai tempat perlindungan dan menghendap mangsanya. Di samping itu, tokek juga menjadikan tempat sebegini sebagai tempat untuk bertelur dan akan terus tinggal di situ bersama-sama dengan generasinya..
Ini ialah tokek yang selalu dijumpai pada tempat seperti ini. Biasanya apabila semakin membesar warna kulitnya akan lebih berkilau tetapi kulitnya akan berkedut sedikit. Bintikan pada kulit berwarna putih.

Salah satu perkara yang menjadi trademark kita dalam mengenali samada itu tokek atau bukan ialah dengan melihat kepada jumlah jari kakinya. Cicak dan biawak mempunyai 4 jari kaki atau tangan tetapi tokek mempunyai 5 jari kaki..
Jika di hutan tokek atau pokook ini akan berbunyi sekitar jam 9 pagi, 12 tengahhari, lewat petang dan malam.. Jadi Tokek liar boleh di cari pada waktu-waktu itu berdasarkan di mana asalnya bunyi itu datang tetapi agak sukar pada waktu siang kerana pada waktu ini tokek akan bersembunyi pada lubang tempat tinggalnya..

 
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Wednesday, June 9, 2010

Tokek dan pokook... Kerananya beberapa orang menyesal tak sudah!!

Kerana tokek dan pokook aku sudah mendengar beberapa orang yang menyatakan penyesalan yang tidak sudah? Kenapa  dan apakah yang membuatkan mereka merasa menyesal? Tentunya kerana sesuatu telah berlaku kepada mereka yang ada kaitan dengan tokek dan pokook..Setakat mana kebenaran cerita tidaklah dapat dipastikan 100% cuma ini adalah khabar-khabar dari mulut ke mulut yang sedang diperkatakan.

Orang pertama yang saya dengar ialah kisah empat orang budak sekolah menengah di Nangoh Sabah yang secara tak sengaja menjumpai seekor tokek yang dikatakan seberat 400 gram ++. Seorang pembeli telah membeli tokek berkenaan dengan harga hanya rm8000 dan budak-budak itu sangat gembira dengan wang yang sedemikian... Tetapi bila mereka mendengar yang harga tokek yang demikian berat adalah ratusan ribu mereka amat menyesal kerana telah menjual tokek mereka dengan harga yang amat rendah.. tetapi tiada apa yang dilakukan kerana semuanya telah terlambat..

Orang kedua yang saya dengar adalah kisah seorang pemilik tokek yang seberat 280gram di Telupid. Beliau telah memelihara tokeknya itu selama sebulan... Yang menjadi masalahnya ialah anaknya dikatakan telah mencucuk-cucuk tokeknya itu dengan kayu dan akhirnya tokek itu telah mati.. Beliau mengeluh kerana telah kerugian kira-kira rm60,000.

Kisah ketiga ialah kisah di mana seorang pemilik pokook hijau yang seberat 280gram. Pembeli dikatakan enggan membelinya kerana berat tidak sampai 300 gram. Jadi oleh kerana beliau merasakan tiada lagi peluang untuk menjual pokooknya itu maka beliau telah melepaskan pokooknya ke dalam hutan. Bila mendapat tahu yang pokooknya dengan mudah mencapai berat 300gram jika betul cara pemeliharaannya dan boleh dijual pada harga rm30000, beliau amat menyesal....

Begitulah kisah penyesalan beberapa orang berkaitan dengan tokek dan pokook.. Harga yang tinggi menyebabkan pokook dan tokek menjadi semakin sukar dicari. Bagaimanapun khabarnya tokek besar masih banyak terdapat di Indonesia dan Filipina... tetapi penangkapannya tetap sukar.. 


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Tuesday, June 8, 2010

SUSAHNYA MENCARI TOKEK ATAU POKOOK LEBIH 300 GRAM DI SABAH!!

Ketika ini cerita mengenai tokek dan pokook masih amat hangat diperkatakan di mana-man. Harganya yang boleh mencapai puluhan ribu malah ratusan ribu Malaysia membuatkan cerita itu tetap hangat ketika ini. Perlu diingatkan yang tokek dan pokook adalah dua jenis cicak yang berbeza. Tokek adalah jenis yang lebih jinak dan boleh dilepaskan di rumah dengan senang manakala pokook adalah jenis cicak yang tinggal liar di hutan.. Bunyinya pun berbeza..

Dari segi harga pula..tokek lebih stabil berbanding pokook. Mungkin kerana warnanya atau bisanya yang lebih baik atau menonjol berbanding pokook.. Memelihara cicak ini tidaklah terlalu susah di mana cicak ini boleh ditempatkan dalam kurungan yang kira-kira selesa untuk cicak ini (2'X4' minima) dan ditempatkan di tempat yang agak mesra alam seperti di bawah pohon kayu dan sebagainya. Ini memudahkannya untuk membesar..

Pemakanan? Cicak geko ini boleh makan hampir apa saja hidupan kecil. Ini termasuklah cicak rumah, cengkerik, lipas, nyamuk dan sebagainya. Malah kawan saya pernah memberikannya makan hotdog dan juga baja ayam...tetap tiada masalah tetapi untuk membuatkannya cepat meningkat dari segi saiz dan berat makanan yang dicadangkan ialah anak tikus yang masih merah dan juga cengkerik..

Jika dalam jangka masa panjang sehingga beratnya mencapai >300gram kerja menternak pokook dan tokek bolehlah dikatakan amat lumayan dengan pulangan yang amat besar..Jika hendak menjual pokook atau tokek maka adalah lebih baik dibeli di tempat pemeliharaan kerana jika tokek atau pokook ini mengalami perjalanan yang jauh maka pasti akan mengalami stress dan susut beratnya. Susut berat badan bermakna nilai akan menurun..
 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Thursday, June 3, 2010

DI MANA ANDA BOLEH MENCARI POKOOK?

Cerita tentang cicak berharga ini memang amat menarik. Siapa yang tidak tertarik dengan pendapatan lumayan sebagai harga jualan seekor pokook. Tetapi hakikatnya untuk mencari pokook bukan sesuatu yang mudah.. Mencari pokook satu hal tetapi mencari pokook yang saiznya lebih 14 inci panjang dan berat > 300gram adalah satu lagi hal. Kerja itu memang bukan sesuatu yang mudah.. Jadi di mana kita boleh menjumpai pokook? Di mana cicak ini tinggal?
 Rumah terbiar


 Batang pokok yang besar. Pokook biasanya bersembunyi di celahan-celahan kulit yang terkupas dan juga lubang lubang di batangnya.



Tunggul-tunggul kayu yang jarang diusik


Selain dari itu pokook juga suka tinggal di tempat-tempat yang gelap dan terbiar di mana pokook boleh menghendap mangsanya dari sini seperti kereta terbiar dan sebagainya.. Di hutan, pokook tinggal di batang pokok-pokok besar dan beranak-pinak di situ..

Harga pasaran pokook semakin meningkat sehinggakan banyak cerita yang pembelinya sanggup datang berjumpa sendiri pemilik pokook ini walau di manapun ia berada asalkan pokook yang ada saiz dan berat itu dapat dimilikinya..


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini