CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Wednesday, June 2, 2010

Sengsaranya melahirkan anak di India

MENGIKUT perhitungan Neelam Diyal, kandungannya sudah memasuki tempoh sembilan bulan. Ini bermakna bayinya sudah cukup matang dan boleh dilahirkan pada bila-bila masa sahaja. Namun apa yang menjadi dilemanya ialah bayi dalam perut itu seakan tidak bergerak dan Neelam tahu dia harus segera meminta nasihat doktor.

"Saya mendapat tahu daripada seorang petugas kesihatan di kampung saya bahawa jika bayi dalam kandungan tidak bergerak ia satu petanda buruk," ujar ibu berusia 30 tahun itu pemberita di sebuah perkampungan Hardoi yang terletak di utara negeri Uttar Pradesh, India. Neelam tidak menunggu lama terus ke hospital dan benar sangkaannya, bayi dalam kandungannya tidak bergerak dan berada dalam kedudukan songsang.

Hanya pembedahan kecemasan yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan bayi tersebut demi menyelamatkan nyawa bayi dan ibu. Neelam bersyukur kerana dapat melahirkan seorang anak lelaki yang sihat melalui pembedahan caesarian. India catat kematian ibu dan bayi tertinggi. Boleh dikatakan India adalah tempat paling 'ngeri' bagi mereka yang bakal bergelar ibu. Perangkaan menunjukkan satu perempat daripada jumlah kelahiran di negara tersebut mencatatkan kematian pada ibu ataupun bayi yang baru dilahirkan.

"Sejumlah 78,000 ibu meninggal dunia ketika melahirkan bayi setiap tahun dan berjuta bayi yang baru dilahirkan meninggal dalam tempoh sebulan selepas dilahirkan," ujar ketua projek Sure Start, Shilpa Nair. Projek yang diberi nama Sure Start ini mendapat peruntukan dana oleh yayasan yang dimiliki oleh jutawan perisian Bill dan Melinda Gates. Projek ini sedang bergiat aktif dalam memberi ilmu kepada pekerja kesihatan dan penduduk kampung yang miskin di India tentang tanda-tanda bahaya bagi ibu mengandung dan bayi mereka. 

Projek tersebut telah dilancarkan pada tahun 2006 di Uttar Pradesh dan Maharashtra, di barat India. Motif utamanya ialah untuk memberikan latihan kepada pekerja kesihatan kerajaan supaya mereka boleh membantu dalam mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi ketika kelahiran bayi. 

"Kami bukanlah mahu mengubah semua polisi cuma mahu bekerja dalam sistem yang sama dan menambah baik keadaan tersebut supaya langkah pencegahan boleh diambil sebelum terjadi kemudaratan kepada ibu dan bayi yang akan dilahirkan. 

"Malah kami juga akan menggunakan sumber sedia ada yang ternyata lebih kos efektif," ujar Shilpa lagi. Projek bernilai 25 dolar juta ini tertumpu pada perkampungan miskin di mana tiada laluan rasmi untuk masuk ke situ dan rumahnya pula memang daif seperti pondok beratap daun dan berlantai tanah sahaja. Antara kandungan latihan yang diberikan kepada pekerja kesihatan tersebut ialah untuk mengenalpasti kelainan yang berlaku pada diri seseorang ibu mengandung itu.

Sebagai contoh, keluar lelehan tidak normal pada bahagian vagina, kurang pergerakan bayi dalam perut, pening kepala atau demam yang tinggi. "Sebelum ini memang ramai yang menganggap perkara ini sebagai perkara mudah yang biasa terjadi di kalangan wanita mengandung padahal akhir kepada sikap ini ialah kematian ibu atau bayi atau boleh jadi kematian kedua-duanya," ujar Shilpa lagi. Sebagai satu usaha permulaan, Sure Start menggalakkan wanita mengandung untuk mendapatkan kit asas tentang kelahiran bayi.
"Saya telah pun mendapatkan satu set untuk bayi saya," ujar seorang bakal ibu Krishna Manohar, 20, yang kini sedang sarat mengandungkan anak sulungnya. 

Krishna yang kelihatan berseri dengan sari berwarna merah jambu tidak teragak-agak menunjukkan kepada pemberita isi kandungan kit asas tersebut. Ia mengandungi sebuku sabun, sebilah pisau kecil yang telah disteril untuk memotong tali pusat bayi dan kain bersih untuk membalut bayi selepas kelahiran. Skim ini juga menggalakkan wanita untuk memperuntukkan sedikit wang sebagai persediaan apabila kelahiran kelak. Walau miskin sekalipun usaha menyimpan wang tersebut perlu ada dan jika tidak cukup biasanya komuniti akan membantu.

Krishna juga telah menyimpan kira-kira 150 rupi (ASD 3) dalam dompet merahnya. Kempen yang dianjurkan projek ini juga dibuat dalam cara yang menyeronokkan kerana bukan mudah bagi mereka untuk mengubah tanggapan dan amalan tradisi yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Justeru pendekatan yang digunakan ahli Sure Start lebih berbentuk mesyuarat, permainan, sesi perbincangan dan beberapa kempen menarik. Salah satu budaya masyarakat India tentang mengandung ialah untuk tidak menghebahkan kepada orang ramai. Ini bermakna tidak ramailah wanita mengandung yang mendapatkan khidmat pemeriksaan pra natal. Satu lagi tanggapan ialah wanita India hanya mahukan bayi lelaki berbanding wanita. 

"Ada banyak juga kes kematian bayi kerana tali pusat mereka dilumur minyak tradisi yang tidak bersih dan akhirnya jangkitan kuman berlaku. Hal ini tidak patut terjadi kerana tali pusat sepatutnya dibiarkan kering sendiri dan tidak perlu dilumur minyak," ujar Shilpa. Ada juga kes kematian di mana jangkitan berlaku apabila bayi tersebut diberi minum susu kambing atau madu berbanding susu ibu itu sendiri. Salah satu pendekatan projek Sure Start ialah dengan mengumpulkan bakal-bakal ibu ini dalam satu bulatan dan bertukar-tukar kisah kehamilan masing-masing.

Mereka juga diberikan anak patung dan diajar cara memegang bayi dengan betul sambil mendengar nasihat pekerja kesihatan. Malah mereka turut diajar menyanyikan lagu tentang bagaimana mendapatkan anak yang sihat. "Ramai orang miskin di India berpendapat, proses kelahiran adalah satu proses kotor jadi mereka juga memilih tempat 'kotor' seperti kandang lembu untuk melahirkan bayi mereka," ujar seorang penduduk kampung, Kalma Devi, 35. Kalma hanya berpeluang melahirkan anak ketiga di hospital, manakala anak pertama dan keduanya dilahirkan di rumahnya sahaja. 

Satu lagi projek kesedaran yang diberi nama Save the Children pula melaporkan kira-kira 74 peratus kematian ibu ketika melahirkan boleh dicegah sekiranya mereka mendapat penjagaan dan rawatan kecemasan sewaktu bersalin.

Utusan Malaysia Online - Feminin

Salam,Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..

Bookmark and Share
Share

Thursday, May 27, 2010

APA YANG MEMBUATKAN LELAKI BOSAN DENGAN WANITA??

Persoalan ini sebenarnya sesuatu yang rumit kerana tidak semua orang akan mempunyai sifat yang sama cuma secara amnya inilah yang membuatkan lelaki bosan dengan wanita... So jangan bincang benda ini banyak-banyak dengan lelaki..Kalau boleh elakkan dari mereka dengar mengenai hal-hal yang akan dibincangkan. Sebagai wanita anda harus ingat yang lelaki itu sebenarnya penuh dengan ego dan jangan cuba membuat sesuatu yang menyentuh ego mereka..Sama juga wanita yang selalu cemburu..

1) Jangan anda menceritakan tentang bekas kekasih lama anda kerana ia akan menyebabkan lelaki akan merasa dirinya tertekan dan tercabar

2) Jangan anda beritahu dia yang ada lelaki lain yang meminati anda secara diam-diam. Tentu dia akan tertanya-tanya bagaimana anda tahu hal ini dan akan mencurigai sesuatu

3) Soal pendapatan..jangan diungkit atau disebut-sebut jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar dari suami anda

4) Elakkan dari bercerita tentang keretakan hubungan rakan anda 

5) Jika sahabat atau jiran anda seseorang yang berada, maka jangan cuba menceritakan apa yang mereka ada dan sebagainya

6) Jika dia ada masalah dalam pekerjaannya maka jangan menambahkan lagi tekanan ke atasnya. berikan dia semangat agar dia boleh bangun semula

7) Jangan membanding-bandingkan kehebatan dia di awal perkhawinan dengan keadaan semasa apabila usia semakin meningkat

8) Anda juga harus belajar bagaimana berinteraksi dengan ahli keluarganya yang lain.. jangan keterlaluan apabila mengatakan sesuatu dan cuba membincangkan dengan sebaik-baiknya tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak

9) Jangan anda membenci ibunya kerana lelaki biasanya tidak suka orang yang membenci ibunya

10) Jangan membuat keputusan yang besar tanpa berbincang dengannya kerana dia akan merasakan tidak diperlukan seandainya perkara ini berlaku

Apa yang saya sebutkan cuma sebahagian dan mungkin tidak kena dengan apa yang anda fikirkan atau anda kurang setuju tapi untuk memperbaikinya tinggalkan lah dalam komen. 



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini