Kalau kita ingat kembali waktu kanak-kanak kita ianya memang satu yang paling best dalam kehidupan.. Apa tidaknya kehidupan semasa kanak-kanak sentiasa dipenuhi dengan kenangan indah yang akan kita kenang sampai bila-bila.. Biarpun mungkin ada ketikanya kenangan yang kita lalui itu sebenarnya amat pahit tetapi ianya tetap akan jadi kenangan yang indah apabila sudah menjadi dewasa.. Kenangan itulah yang mendewasakan kita seperti yang kita sekarang berada..
Sewaktu aku kecil-kecil dulu aku jarang atau tidak pernah memikirkan masa depan. Yang paling aku fikirkan ialah lepas sekolah mau main apa saja permainan dengan kawan-kawan sekolah. Susahkah atau tidak masa depan tidak pernah aku fikirkan kerana waktu tu yang paling penting ialah saya akan enjoy dengan kawan-kawan..
Aku pun tidak merasa apa-apa kekurangan pada waktu itu kerana budak-budak masa tu yang paling penting ialah apabila habis sekolah, rata-rata semua akan berkumpul untuk bermain pada waktu petang.. Macam-macam permainan yang di buat macam main guli, main polis-polis, galah panjang, cari burung di hutan dan sebagainya.. Semuanya best-best untuk dikenang walaupun kadang-kadang kena rotan oleh ibubapa kerana terlalu bermain dan tidak membantu mereka kerja di ladang..
Kehidupan masa depan yang mencabar dan serba canggih ini tidak pernah terfikirkan.. Bukan apa, lagipun waktu itu pendedahan tentang kehidupan akan datang amat kurang. Bukan macam zaman kanak-kanak sekarang....kecil-kecil lagi sudah ada handphone... Tahun-tahun 90an handphone jarang-jarang di bawa oleh budak-budak.. Tidak taulah samada handphone pada masa tu susah untuk di beli kah atau tidak tetapi yang saya pasti ianya sangat mahal pada waktu tu dan kebanyakannya adalah post-paid... kanak-kanak manalah ada duit untuk beli tu semua, bukan macam sekarang? Ibubapa siap belikan lagi anak-anak mereka dengan handphone yang canggih-cangih..
Hakikatnya walaupun kehidupan kanak-kanak waktu dahulu jauh sekali bezanya dengan sekarang tetapi ianya tetap menjadi satu kenangan yang indah sepanjang masa...
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share
2 comments:
dulu masa budak2 kita enjoy even the simple thing..skrg pun aku cuba nak kekalkan begitu.
dulu dapat panggilan telefon dah rasa teruja.dapat makan sepotong kek pun dah rasa syukur.
Latest Entri : Shahir Si Pencuri
fndrocka,
ya. semuanya best waktu kanak2.. kepala pun kurang masalah
Post a Comment