Photo banjir Jalan Sapi Nangoh Sugut. Air sungai Labuk naik akibat hujan lebat yang berterusan selama 2 hari. Semua kampung sekitar Nangoh dan Gana jati serta Perancangan tenggelam dengan air. Dalam pada itu ada yang mengambil kesempatan menangkap ikan yang naik ke hulu dan berenang melalui jalan aspalt. Penduduk tidak melepaskan peluang menangkap ikan tersebut yang kebanyakkannya adalah ikan keli. Seorang penduduk berjaya menangkap sebanyak satu baldi ikan keli dari pagi sampai tengahari.. Kira agak lumayan juga la.
Ikan yang telah di tangkap dan di simpan dalam baldi.
Apapun hati-hati semasa banjir. Keselamatan perlu diutamakan.
Share