CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

Friday, January 28, 2011

Musim banjir kembali lagi

Setiap hujung tahun pada akhir-akhir ini dengan hujan yang lebat dan masa hujan yang lebih lama mengundang musim banjir kembali lagi. Semua sudah maklum yang musim tengkujuh seringkali menjadikan banyak kawasan ditenggelami air dan ramai penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat.
Aku cuma nak ingatkan supaya dalam kesibukan kita berkerja dan membuat apa sahaja kerja seharian kita, janganlah kita lupakan keselamatan diri kita, keluarga kita dan orang yang kita sayangi dengan memastikan banjir yang boleh datang tiba-tiba tidak mengancam keselamatan mereka.

Kanak-kanak merupakan golongan yang paling terdedah kepada bahaya banjir. Ini kerana mereka sering menganggap air banjir itu sebagai tempat "satu pesta permainan" dan tidak faham tentang soal keselamatan. Menjadi tugas kepada semua orang tua untuk sentiasa memantau apa jua aktiviti anak-anak anda dan jangan biarkan mereka bermain air banjir sesuka hati mereka.

Bukan air yang tinggi sahaja parasnya yang membahayakan kita di waktu banjir. tanah runtuh umpamanya  boleh berlaku di mana-mana dan sangat membahayakan jika menimpa kita. Biarpun air banjir tidak berlaku tetapi aliran air yang deras terutama di parit-parit atau sungai-sungai kecil juga sangat mengancam nyawa sekiranya kita terjatuh ke aliran air tersebut.

Oleh itu kita semua kenalah hati-hati agar keselamatan ahli keluarga kita sentiasa terjamin..




Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Friday, December 31, 2010

Tindakan yang kurang bijak di kala banjir..

Seringkali kita mendengar kejadian lemas dan kematian pada musim-musim banjir pada hujung tahun. Walaupun kejadian ini seringkali disiarkan di akhbar-akhbar atau media masa yang lain ianya tidak menghalang sesetengah orang dari mencabar bahaya yang wujud.
Lihat saja photo yang saya pinjam dari kawan di FB... berlaku di Sungai Sinopukan pada 30 Disember... Mungkin kerana mau pulang kampung untuk merayakan tahun baru jadi mereka sanggup merempuh bahaya ini... Pun begitu anda harus mempertimbangkan situasi bahaya yang bakal anda hadapi.. Jika masih boleh dihadapi bolehlah mencuba tetapi tengoklah keadaan.. Nanti tidak pasal-pasal kejadian tidak diingini yang berlaku..

Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih.

Bookmark and Share
Share

Thursday, January 28, 2010

Rezeki banjir


Banjir selalu dikaitkan dengan kemusnahan tapi lain pula cerita dengan si kawan ini iaitu banjir adalah mendatangkan rezeki. Biasanya di estate bila banjir besar berlaku maka banyak jalan yang akan di penuhi dan ditenggelami air. Para pekerja akan mengambil kesempatan ini untuk memasang pukat dan menangkap ikan.
 Gambar atas adalah seekor ikan tapah yang ditangkap menggunakan pukat. Share

Wednesday, January 20, 2010

Banjir oh Banjir


Photo banjir  Jalan Sapi Nangoh Sugut. Air sungai Labuk naik akibat hujan lebat yang berterusan selama 2 hari. Semua kampung sekitar Nangoh dan Gana jati serta Perancangan tenggelam dengan air. Dalam pada itu ada yang mengambil kesempatan menangkap ikan yang naik ke hulu dan berenang melalui jalan aspalt. Penduduk tidak melepaskan peluang menangkap ikan tersebut yang kebanyakkannya adalah ikan keli. Seorang penduduk berjaya menangkap sebanyak satu baldi ikan keli dari pagi sampai tengahari.. Kira agak lumayan juga la.



Ikan yang telah di tangkap dan di simpan dalam baldi.

Apapun hati-hati semasa banjir. Keselamatan perlu diutamakan.
Share

Entri-Entri terkini