CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, January 13, 2010

Satu Hari Yang Sibuk

Asalamualaikum,

Hari-hari yang berlalu tidak pernah tidak sibuk,
Kerja datang dan pergi,
Kerja yang dah pergi pun kadang-kadang datang kembali,
minta di perbaharui atau diperhalusi,

Kemajuan mendesak kita memberikan 110% komitmen terhadap kerja,
Bila sesuatu diperkenalkan kita kena pantas menyesuaikan diri,
Langkah mesti beberapa langkah ke depan,
Jangan beberapa langkah di belakang,

Jalan beriringan pun susah juga,
Andainya yang disebelah kita itu tidak boleh diharap dan selalu mengenakan kita,
Kerana dia pun mau tunjuk yang dia adalah selangkah di depan,
Kerana kerja memang begitu,

Apapun jangan menganggap kejatuhan orang lain adalah kejayaan kita,
Kejayaan kita juga bukan bererti kejatuhan orang lain,
Mungkin hari ini nasib kita,
Dan esok siapa tahu siapa punya hari. Share

Entri-Entri terkini