CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, May 19, 2010

Biggest ever python in the world discovered..

ULAR SAWA TERBESAR PERNAH DIJUMPAI

Gambar keratan akhbar daily ekspress pada 26 Mac 2010. Bahagian ekor ular sawa tersebut masih menyentuh paras tanah walaupun diangkat ke atas oleh jengkaut.

Lahad Datu:

Kisah penemuan ular sawa gergasi dari spesis ular sawa batik oleh kontraktor yang menjalankan pembersihan pembukaan kawasan tanah di Jalan Dam. Ular itu dipercayai mati apabila kepalanya terkena jengkaut yang digunakan di situ. Namun begitu kesahihan perkara ini tidak dapat disahkan kerana perkara itu dikatakan berlaku pada bulan Febuari dan berita tentang kejadian ini hanya diperolehi daripada maklumat orang ramai yang pernah menyaksikan gambar tersebut.

Kontraktar yang dikatakan menjumpai ular ini telah berhenti dari menjalankan kerja-kerja pembersihan di sini dan digantikan oleh kontraktor yang baru dan tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara itu.

Apa yang merisaukan orang ramai ialah mereka mempercayai yang masih ada pasangan ular tersebut yang mendiami kawasan tersebut walaupun perkara ini tidak dapat disahkan.

Ada khabar angin di facebook yang mengatakan ular tersebut telah berjaya dijual pada harga rm25000.
Share

10 comments:

BUJANG SUSAH said...

fuuyoo.. besarnya... betul ke ni.. ni boleh masuk dalam World Of Record ni.. jgn la bunuh.. nanti anak cucu kita x nampak lagi ular besar mcm ni. dia duduk dalam hutan tu biar laa. kita yg ganggu tempat dia bukan dia yg ganggu kita..

iddinm said...

Sayangnya ular ini da mati kena tu hitachi.. Tapi orang di sana percaya yang ular ini pasti ada pasangannya dan masih di kawasan ini. Siapa kata anakonda yang terbesar.. Ular sawa batik pun besar. Mungkin ada lagi yang lebih besar yang belum dijumpa.

Ramdin said...

Ular sebesar ini boleh membunuh seramai lima orang sekali belit. Dah nasib nya nyawa di hujung jengkaut. Orang kata lemak ular sawa boleh dijadikan minyak urut terseliuh. Mujarab pula tu....

iddinm said...

Entahlah tapi batang dan buah pokok sapai lagi mujarab kalau terseliuh..

shaffique said...

pergkh.. besar gila !


My latest entry : Ini Budak Lelaki Suara Macam Lady Gaga

iddinm said...

ini gerenti kalau kambing je...huuuu sekali sedut je

Anonymous said...

Takdelah besar .. normal size je tu. Korang jangan tertipu dengan ilusi sudut kamera. bandingkan saiz ular dengan saiz pencedok jengkaut, jangan bandingkan dgn saiz manusia yg jauh di belakang. Nak lebih tepat, bandingkan diameter badan ular dengan saiz gigi/mata jengkaut tu.
Lengan jengkaut tu menghela jauh ke depan, jadi ia sebenarnya ia lebih dekat dgn kamera, manakala org2 jauh ke belakang.

ceritaharisparagliding said...

besarnya ular ni.hehehe.....kalau ni mcm kobelco 300.....

ceritaharisparagliding said...

besarNYa.........

iddinm said...

memang besar tu... nasib dah mati kalau tak tentu bahaya

Entri-Entri terkini