CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, April 23, 2010

Aku sudah kaya dalam sekelip mata... 500,000 pound sterling dalam tangan..

Aku sudah menjadi kaya dalam sekelip mata. Percaya atau tidak aku telah memenangi hadiah sebanyak GBP 500,000.00. Bukan rm Malaysia tapi pound sterling beb. Aku tidak menyangka semua ini. Siapa yang tidak mau duit tanpa kerja keras. Orang lain susah-susah mencari duit aku dapat free-free saja. Lihat saja notifikasi di bawah:


Tapi jangan anda terkejut, itu hanyalah email yang saya dapat yang mengatakan bahawa saya punya kad visa telah terpilih dalam promosi mereka untuk memenangi wang sejumlah itu. Sebenarnya itu hanyalah penipuan semata-mata. Saya mana ada mempunyai kad visa?? Penipu memang akan gunakan apa saja cara untuk mendapatkan wang. Jika anda mendapat e mail seperti ini abaikan saja..
Dulu memang saya tau yang e mail seperti ini memang satu bentuk penipuan di internet tapi saya sengaja cuba-cuba juga jawablah dan isi apa yang mereka minta.. (No akaun bank dan n0mbor2 anda yang penting jangan di beri).
Selepas itu mereka mengatakan yang wang itu @ ceknya akan dihantar sehingga ke rumah anda melalui agen penghantar yang mereka lantik iaitu skyline courier yang mereka katakan paling dipercayai di Britain. Mereka dalam emailnya meminta saya menghubungi kepada nama yang mereka sertakan emailnya. Saya hubungi juga orang yang ada dalam email tersebut. Mereka meminta bayaran GBR800 untuk pemprosesan. Bila saya balas mesejnya dan mengatakan "kamu semua adalah agen dan orang2 yang cuba menipu orang di seluruh dunia melalui cara ini". 

Malamnya seorang mat salleh telefon saya kira2 jam 9 malam. Punyalah mengamuk itu orang dan menelefon saya dan katakan mesej yang saya hantar itu telah merosakkan kredibiliti syarikat kurier mereka dan cuba meyakinkan saya bahawa esok cek itu kena dihantar tapi itulah syaratnya yang saya katakan tadi. Saya menyatakan kepada dia yang kalau betul hadiah tu ada sampai di sini lepas tukar kita bagi 2. Saya marah2 sama dia lagi sampai dia cakap kamu akan kerugian hadiah cabutan ini. Saya katakan kepada dia yang ambil saja wang itu.. Terus dia letak telefon.

Kepada teman2 di luar sana, jangan mudah percaya kepada apa juga wang hadiah atau cabutan bertuah di dalam internet. Ada kes di mana orang itu dikatakan menang loteri Ontario Canada hadir menuntut wang kemenangan 1.5 juta dollar di Afrika Selatan dan dia telah dirompak dan di bunuh juga.. Mahukan wang hadiah yang besar, nyawa tergadai.. Bersyukurlah dengan apa yang ada..
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Posted by Picasa
Share

2 comments:

Dayung Bidayuh said...

betul tu.. baru2 ni saya ada terima satu emel yang saya punya kat ATM entah apa dah siap. Check punya check dari luar negara. Mana ada aku mohon kad ATM? Nampak sangat dia menipu..

iddinm said...

Ada lagi emel yang menyatakan bahawa saya punya maybank account ada cubaan utk spam. jadi drg minta info di update... Tapi saya tiada pun sebarang akaun maybank... Menipu pun tidak pandai

Entri-Entri terkini