Tiada yang menarik jika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya.. Nasiblah cuaca tidak panas, jadi biarpun hujan membawa masalah tetapi ada juga kebaikannya. Selepas itu aku melalui kampung Nalapak dan tiada yang menarik. Cuma yang menarik perhatian aku ialah Tagal di Kampung Luanti, berhampiran dengan jalan masuk ke Sabah Tea...
Tempat ini agak menarik dengankisah ikan peliharaan di sungai tersebut yang akan datang mengurut-urut kaki orang yang meletakkan kakinya dalam air sungai tersebut.. Orang cakap 'foot massage' di sini agak terkenal sehinggakan orang Eropah juga akan datang berkunjung ke sini. Aku tidak pernahlah berurut dengan ikan-ikan tersebut tetapi aku rasa memang ok la kerana mustahil orang akan datang dari pelusuk tempat ke situ jika tiada kebenarannya.
Aku rasa kisah 2 jam aku berakhir bila aku sampai ke Ranau pada jam 2.45pm. Sebenarnya bukan lagi kisah 2 jam tetapi 2 jam 25 minit disebabkan oleh masalah-masalah di jalan tadi seperti hujan dan kesesakan jalan raya. Apapun aku gembira kerana semuanya selamat.....
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share
1 comment:
Saved as a favorite, I really like your website! payday loans for self employed
Feel free to visit my site : payday loans
Post a Comment