CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Saturday, April 24, 2010

Nasha Aziz belum memutuskan untuk berkhawin... Sampai bila ya..

Masih berteka-teki
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
2010/04/19

pix_gal0
Nasha Aziz tidak mahu gelojoh untuk mendirikan rumah tangga, ajak Nur Iman Tang ke Tanah Suci tunai umrah

MENGAJAK model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz, bercerita mengenai alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak kesabaran perlu dimiliki untuk mendengar wanita cantik ini berbual mengenai topik rumah tangga. Apatah lagi untuk mendengar dia mengumumkan tarikh perkahwinannya, ia umpama menunggu bulan jatuh ke riba.

Walaupun wujud desas-desus mengatakan Nasha bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi, tetapi empunya diri bijak bermain teka-teki, membiarkan wartawan yang sememangnya menunggu pengumuman bermakna itu, tertanya-tanya sendiri. 

Namun, Nasha tidaklah langsung enggan bercerita fasal cinta dan alam rumah tangga. Ketika ditemui pada majlis pelancaran Pameran Pesona Mutiara Rafflesia di Muzium Negara, baru-baru ini, selebriti tinggi lampai itu tetap membuka mulut bersembang mengenai topik berkenaan.

Namun, Nasha tidaklah langsung enggan bercerita fasal cinta dan alam rumah tangga. Ketika ditemui pada majlis pelancaran Pameran Pesona Mutiara Rafflesia di Muzium Negara, baru-baru ini, selebriti tinggi lampai itu tetap membuka mulut bersembang mengenai topik berkenaan.
"Saya percaya kepada cinta dan kasih sayang yang kuat berasaskan agama. Cinta sebegitu lebih indah dan bermakna," kata Nasha saat memulakan bicara mengenai cinta.

Sehubungan itu, kata Nasha, dia akan membawa lelaki yang kini begitu dekat di hatinya, Nur Iman Tang Abdullah, ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat umrah selama dua minggu, bermula 10 Mei nanti.

"Saya pernah mengerjakan umrah sebelum ini. Kali ini, saya membawa Iman sekali untuk dia lebih mengenali sejarah Rasul. Dia juga baru saja menghadiri kursus agama bersama saudara baru yang lain.

"Saya sendiri cukup teruja untuk memijakkan kaki ke Makkah dan Madinah kerana selain beribadat, masih banyak tempat yang belum saya lawati di sana," kata Nasha yang sudah pun dua tahun menjalinkan hubungan cinta bersama jejaka berkenaan. Menyentuh soal jodoh, Nasha menegaskan, semua orang sudah tentu ingin menamatkan zaman bujang masing-masing.

"Cuma waktu yang akan menentukan, bilakah detik itu akan hadir. Kita pula janganlah gelojoh untuk berkahwin. Contohnya, saya sendiri perlu mengenali hatinya dengan lebih mendalam lagi.

“Menuju ke alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah, sama ada bagi saya mahupun Iman sendiri. Ia satu keputusan yang cukup besar, yang perlu diputuskan kami. Saya pula perlu mengetahui sejauh mana matlamatnya dalam perkara ini.

"Kita kena fikirkan sedalam-dalamnya matlamat sesebuah perkahwinan. Ia bukan sekadar mengenai persiapan untuk majlis perkahwinan. Isteri atau suami macam mana yang kita akan jadi, semua itu kena difikirkan," kata Nasha yang menganggap perhubungannya bersama Iman masih lagi pada peringkat awal.

Justeru, katanya, berilah peluang untuk dia mengenali lelaki itu dengan sebaik-baiknya.

"Jika boleh, saya hendak berkahwin sekali saja seumur hidup. Saya mahu mendirikan rumah tangga yang kekal hingga ke akhir hayat. Perkahwinan bukannya membabitkan perkara dunia saja. Dalam kepala saya sekarang, saya tidak memikirkan pun mengenai persiapan majlis perkahwinan," katanya.

Ditanya mengenai perhubungannya dengan jejaka itu sendiri, Nasha mengaku sehingga kini perhubungan itu berlangsung dalam keadaan yang baik.

"Setakat ini, ia perhubungan yang baik sekali. Apa yang kita nampak, itulah yang kita ketahui. Tetapi, saya ingin melihat sehingga ke akar umbi, agar saya boleh berpijak di bumi nyata dalam hal ini. Lalu, tidak salah sekiranya saya terus bertanya untuk mencari jawapan yang lebih pasti," ujar Nasha.

Tumpu kerjaya peragaan

SELEPAS menamatkan siri Kasih Tercipta arahan Rashid Sibir, nampaknya Nasha lebih suka mengambil sikap menunggu terlebih dulu, sebelum menerima skrip yang dirasakannya cukup baik dan sesuai dengan kemampuan diri.

Lalu, sudah beberapa ketika dia berehat daripada dunia lakonan, filem mahupun drama TV. Sebaliknya wanita yang akan genap berusia 39 tahun pada 14 Mei ini lebih banyak memberikan tumpuan kepada kerjaya peragaannya buat ketika ini.

"Buat masa ini, saya banyak terbabit dalam kerja peragaan termasuk menyiapkan kempen terbaru Polo. Kini, sudah tiga tahun saya bersama jenama berkenaan. Saya juga terbabit dalam peragaan di Stylo, diikuti beberapa pertunjukan di The Curve dan The Gardens. April ini juga saya terbabit dalam pertunjukan fesyen pengantin, diikuti dengan kunjungan kerja ke Shanghai, Jun nanti, untuk sebuah lagi pertunjukan fesyen pengantin," cerita Nasha.

Katanya, bukan tidak lagi mahu berlakon, dia masih menunggu skrip yang difikirkan mampu memberikan kelainan kepada dirinya dan penonton.

"Saya pasti akan berlakon kembali apabila mendapat skrip yang benar-benar membuatkan saya jatuh cinta. Saya mencari skrip yang mampu membuatkan penonton berasa gembira apabila menontonnya. Kita bercerita mengenai seni, lalu ia haruslah dipersembahkan secara cantik.

"Bukan bermakna saya seorang yang ‘perfectionist’, tetapi saya mencari sebuah cerita yang digarap penuh kreatif. Saya sendiri bukanlah sempurna dan saya sedar di mana kekurangan saya sebagai pelakon. Bak kata orang, kalau memakai pakaian, biarlah ikut badan," katanya yang pernah menjulang trofi Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-14 dan anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada FFM17.

INFO: Pameran Pesona Mutiara Rafflesia
  • Berlangsung dari 15 April hingga 16 Mei ini, di Muzium Negara Kuala Lumpur. Antara koleksi yang dipamerkan ialah busana rekaan Khoon Hooi, Rizman Ruzaini dan Keith Kee, yang menggunakan mutiara sebagai perincian pada ciptaan mereka.
  • ANTARA gaun yang dipamerkan itu pula, termasuklah gaun perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza, gaun pengantin Ning Baizura dan gaun pengantin model terkenal, Amber Chia.
  • Pameran itu juga menampilkan enam koleksi terpilih Rafflesia termasuk cincin mutiara Erra Fazira dan Siti, loket mutiara Ning serta kasut bersulam mutiara Amber. Nilai koleksi yang dipamerkan selama sebulan itu ialah RM3.1 juta.
  • PADA majlis pelancarannya yang disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf, beberapa selebriti dan pereka tempatan termasuk Ning Baizura, Suki, Pushpa Narayan, Nasha Aziz dan Amber Chia diundang sama bagi memeriahkan acara.
sumber: berita harian 19/4/2010


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

1 comment:

Unknown said...

wakaka....dia tggu sia tu din...minat btl sia sama dia ni....

Entri-Entri terkini