Entri kali ini cuba untuk membicarakan bagaimana dan di mana terletaknya kepuasan anda dalam dunia penulisan blog ini. Jika kita melihat dan meneliti blog-blog yang ada sekarang, kita akan dapati yang mereka akan cuba membicarakan sesuatu dalam pelbagai konteks yang mana di situ akan terletaknya bagaimana niat sebenar atau bagaimana mereka cuba menulis sesuatu itu untuk mencapai satu tahap kepuasan mereka dalam pelbagai konteks.
Secara amnya kebanyakan penulis blog akan cuba menulis atau mencoretkan sesuatu entri agar mereka akan mendapat banyak visitor dan ini akan membantu mereka memperolehi pendapatan melalui pengiklanan atau penjualan barang bagi yang menulis blog untuk promosi barang jualan mereka. Jadi dalam konteks ini kepuasan pada mereka adalah apabila mereka akan mendapat wang hasil dari penulisan mereka.
Tidak kurang juga blogger yang cuba meluahkan ketidakpuasan mereka melalui penulisan mereka. Misalnya mereka yang tidak menyukai kerajaan sekarang akan meluahkan perasaan mereka melalui blog dan mereka amat berpuas hati jika mereka dapat meluahkan perasaan tidak puas hati mereka itu. saya ingat blogger-blogger sekalian pernah jumpa blog-blog yang sedemikian di mana majoriti entri mereka adalah berkisar tentang perasaan tidak puas hati mereka itu.
Ada juga blogger yang menulis majoriti tentang masalah seharian yang dihadapinya atau yang dialaminya. Bentuk penulisan adalah dalam bentuk yang paling sedih atau marah atau suka-duka yang dialaminya atau apa yang akan dilakukannya pada hari itu atau hari semalam. Blogger ini akan berpuas hati jika kisahnya dapat dikongsikan dengan kawan-kawan ataupun sesiapa sahaja.
Tidak kurang juga yang akan menulis tentang sesuatu khidmat yang boleh ditawarkan olehnya kepada umum terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan.
Tapi bagi saya sendiri, perasaan puas saya dalam menulis sesuatu dalam blog ialah apabila saya melihat tulisan saya disukai dan di baca oleh seseorang dan kehadiran visitor itu yang lebih memuaskan hati saya...
Bagaimana pula dengan anda? Anda boleh meninjau-ninjau di mana letaknya anda samada yang telah saya tuliskan di atas ataupun dari kumpulan yang lain yang tidak saya sebutkan. Apapun kumpulan anda berada, yang paling penting ialah anda suka berblog dan anda juga rela melakukannya...
GOOOOOO BLOOOOOGGERRRRRRRRRR....
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share
6 comments:
aku menulis tentang apa saja. yang boleh happy kan aku. sama ada tentang diri atau tentang isu lain.
-sy suka penulisan anda, menggunakan ayat lengkap.=))
sangat puas hati bila ada otai singgah kat belog kita dan dia kata suka walaupun sebelom tuh kita x ade singgah di belog die. eh seriyess... lg suka bila kawan kawan cakap suka.. baca blog macam baca magazine... lawak, tp ada input :D
sangat puas hati...segala idea yg bernas dpt kt luahkan....
Apa saja yang anda rasa dan kemudian tulis dlm blog memang merupakan suatu kepuasan dan lebih memuaskan kalau ada orang yang menghargai tulisan kite tu.. ye tak.>> Jangan sampai kembang da lah.. :-)
puas selagi ayah tak baca.. kalau dapat tau ayah baca terus buat blog baru.. sebab ayah akan bebel habis-habisan pasal entri2 nis..
cik hanis.. kalau content yang kita post tu ok apa masalahnya? Lagipun kalau student janganlah pula berblog sampai lupa status kite sbg student.. Ya tak??
Post a Comment