CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, April 26, 2010

Kenapa orang @ anda suka makan mee MAGGI?

Terdapat berbagai2 mee maggi yang ada dalam pasaran dengan berbagai-bagai perisa. Tapi tahukah anda kenapa orang suka makan mee maggi? Tidak pernah anda terfikirkannya kan.. Oleh kerana saya pun juga seorang yang suka makan mee maggi maka saya ada terfikirkan beberapa sebab kenapa orang suka makan mee maggi..

1) Saya berpendapat yang oleh kerana mee maggi cepat dimasak maka orang yang kelaparan akan memilih untuk memasak mee maggi ini. Tidak perlu menunggu lama. Jika memilih untuk memasak makanan lain maka ambil masa lama dan anda akan sempat kelaparan.


2) Bahan-bahan masakan tidak perlu disediakan. Tinggal buka pembalutnya, masuk dalam kuali dan tunggu masak dan hidangkan. kalau masakan  lain maka berbagai-bagai bahan perlu disediakan contohnya bawang, halia dan sebagainya.

3) Boleh didapati dalam berbagai-bagai perisa yang telah tersedia. Hanya pergi ke kedai-kedai runcit atau supermarket yang berhampiran pasti mereka ada menjual mee maggi.


4) Atau orang yang memasak mee maggi memang tidak pandai memasak. Jadi tiada pilihan lain masak mee maggi sajalah.. hahah

5) Atau orang itu memang suka makan mee maggi sebab ianya memang sedap. Saya banyak kali jumpa orang makan mee maggi mentah-mentah. Ini terutamanya maggi ayam dan maggi kari.. Sedapkah?? tapi kalau ditengok dari cara mereka memakannya memang sedap kerana jari2 pun mereka jilat.. Maca KFC pula..padahal maggi ja.

6) Atau ikut2 ja kerana artis pujaan mereka memang kuat makan mee maggi macam Felix (maggi sedap), Mawi (Maggi 88). dan kalau kita tengok AF 8, awal minggu ni ditayangkan mereka semua makan mee maggi... Jadi orang pun makan mee maggi.

7) Alasan yang kurang penting ialah senang di bawa ke mana-mana. Ringan dan kecil..

Apapun alasannya hanya anda yang tau kenapa anda atau orang suka makan mee maggi.. Boleh dikatakan hampir semua orang makan mee maggi biarpun saya percaya ianya tidaklah berkhasiat sangat malah mungkin kurang baik untuk kesihatan jika anda hanya makan mee maggi dan tidak memakan bahan makanan lain...

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Posted by Picasa
Share

2 comments:

jfook said...

I'm an instant noodles lover also!!!

Yern Ain said...

makan maggie sebab malas fikir mo makan benda apa.
paling simple.

Entri-Entri terkini