CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Friday, August 20, 2010

Blog tentang makanan... Traffik "ONLINE" 900++.. MACAM TAK PERCAYA..

Jangan anggap blog yang bercerita mengenai resipi dan makanan kurang mendapat perhatian ramai.. Entri kali ini adalah mengenai kisah Mat Gebu dalam laman webnya Myresipi.com . Blog ini hanya bercerita mengenai berbagai-bagai jenis makanan dan cara menyediakannya. Oleh kerana kepelbagaian resipi di dalam blog ini maka blog ini mempunyai begitu banyak pengunjung setiap masa.. Tak percaya??



Aku memang kagum dengan traffik ke blog ini. Blog ini menulis mengenai berbagai-bagai jenis makanan dari sajian makanan biasa ke biskut atau ke kuih-muih seterusnya lauk-pauk dan lain-lain. Dengan tulisan sebegini traffik yang di jana setanding dengan Utusan Online atau Beritaharian Online..

Oleh itu jika anda berbakat mengenai masakan atau mempunyai banyak idea masakan bolehlah menulis blog seperti ini dan tidak mustahil satu hari nanti nada juga akan mempunyai bilangan pengunjung yang sama ataupun lebih ramai. Aku memang tiada harapanlah kerana aku tak minat masakan.. hehe.




Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
 
Bookmark and Share
Share

Monday, April 26, 2010

Kenapa orang @ anda suka makan mee MAGGI?

Terdapat berbagai2 mee maggi yang ada dalam pasaran dengan berbagai-bagai perisa. Tapi tahukah anda kenapa orang suka makan mee maggi? Tidak pernah anda terfikirkannya kan.. Oleh kerana saya pun juga seorang yang suka makan mee maggi maka saya ada terfikirkan beberapa sebab kenapa orang suka makan mee maggi..

1) Saya berpendapat yang oleh kerana mee maggi cepat dimasak maka orang yang kelaparan akan memilih untuk memasak mee maggi ini. Tidak perlu menunggu lama. Jika memilih untuk memasak makanan lain maka ambil masa lama dan anda akan sempat kelaparan.


2) Bahan-bahan masakan tidak perlu disediakan. Tinggal buka pembalutnya, masuk dalam kuali dan tunggu masak dan hidangkan. kalau masakan  lain maka berbagai-bagai bahan perlu disediakan contohnya bawang, halia dan sebagainya.

3) Boleh didapati dalam berbagai-bagai perisa yang telah tersedia. Hanya pergi ke kedai-kedai runcit atau supermarket yang berhampiran pasti mereka ada menjual mee maggi.


4) Atau orang yang memasak mee maggi memang tidak pandai memasak. Jadi tiada pilihan lain masak mee maggi sajalah.. hahah

5) Atau orang itu memang suka makan mee maggi sebab ianya memang sedap. Saya banyak kali jumpa orang makan mee maggi mentah-mentah. Ini terutamanya maggi ayam dan maggi kari.. Sedapkah?? tapi kalau ditengok dari cara mereka memakannya memang sedap kerana jari2 pun mereka jilat.. Maca KFC pula..padahal maggi ja.

6) Atau ikut2 ja kerana artis pujaan mereka memang kuat makan mee maggi macam Felix (maggi sedap), Mawi (Maggi 88). dan kalau kita tengok AF 8, awal minggu ni ditayangkan mereka semua makan mee maggi... Jadi orang pun makan mee maggi.

7) Alasan yang kurang penting ialah senang di bawa ke mana-mana. Ringan dan kecil..

Apapun alasannya hanya anda yang tau kenapa anda atau orang suka makan mee maggi.. Boleh dikatakan hampir semua orang makan mee maggi biarpun saya percaya ianya tidaklah berkhasiat sangat malah mungkin kurang baik untuk kesihatan jika anda hanya makan mee maggi dan tidak memakan bahan makanan lain...

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Posted by Picasa
Share

Monday, April 12, 2010

Resipi special untuk orang bujang.. Cepat dan sedap.

Maggi Ayam cendawan special.

Bahan-bahan:
1 pek maggi ayam
20 gram cendawan tandan kosong kelapa sawit

Sebelum itu saya ingin tunjukkan di mana cendawan ini diambil. Lihat foto di bawah:



Cendawan ini tumbuh dengan banyaknya di atas tandan buruk di ladang-ladang kelapa sawit. Boleh dapat free kalau di ladang kelapa sawit. Ambil cendawan itu dan bersihkan. Jangan sampai ada kotoran terutama di bawah payung cendawan tersebut. Jangan salah ambil cendawan lain yang tidak di kenal kerana mungkin cendawan itu beracun.



cara-cara memasak:
1) Masukkan 1 gelas besar air ke dalam periuk dan masukkan cendawan yang telah dilerai-leraikan tersebut bersama dengan maggi dan perencahnya. Mana2 saja yang duluan
2) Tunggu hingga mendidih selama 5 minit.

Hidangkan dan makanlah makanan yang sedap ini. heheh.
Rasakan kesedapan maggi cendawan tandan buruk ini... Pasti sedap..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini