Saban hari kita selalu melihat kawan-kawan blogger menayangkan peningkatan traffik alexa mereka.. Ada yang sudah masuk dalam top 40, dan macam-macam lagi... Saya sendiripun boleh kata setiap hari melawat blog-blog yang aku rasakan boleh mendapatkan tips berblog... Buat masa ni saya rasa blog Arifshah yang paling sesuai dilawat kalau mahu mendapatkan tip-tip yang berkesan..Blog lain bukan tidak berkesan tetapi blog Ariffshah ni lebih detail dalam menerangkan sesuatu tips cuma kadangkala tip-tipnya tu sangat teknikal dan agak sukar dilakukan atau difahami... Boleh formspring en Ariff kalau mau minta penjelasan lebih lanjut... Tidak jadi masalah kan bro...
Blog-blog lain yang menyebabkan aku melawat blog mereka ialah kerana mereka menyiarkan banyak berita semasa. Biasanya kita boleh juga mendapatkan berita tersebut di akhbar-akhbar tempatan tetapi saya percaya kebanyakan daripada kita agak malas untuk menyelak-nyelak akhbar.. Lagipun dalam akhbar itu ada banyak berita yang dipaparkan dan kadangkala berita yang kita mahu ada di muka surat kedua dan seterusnya... jadi malas untuk ke sana..
Kadang-kadang perkara yang membuatkan aku melihat-lihat ke blog itu ialah kerana ada contest dalam blog tersebut macam blog Dahliajournal .
Biarpun contest yang mereka anjurkan itu akhirnya kita tidak jadi ikut serta tetapi bagi aku yang penting aku mau tengok juga apa contest dan apa hadiahnya..
Setiap blog yang akan aku lawat pasti ada tarikan tersendiri dan tidak kiralah berita yang mereka paparkan itu ialah mengenai mereka ataupun orang lain ataupun apa yang berlaku di persekitaran mereka...asalkan aku tertarik aku pasti akan datang tengok apa yang akan mereka tulis... Di sini mereka dapat menjadikan tulisan mereka itu menarik orang untuk datang ke blog mereka walaupun kadangkala tulisan mereka itu langsung tidak mempunyai nilai membina...hanya cerita mengenai diri mereka....
Jadi kalau 3 blogger ini datang ke blog aku....
Aku rasa mereka bernasib baik kalau mereka dapat apa-apa manfaat dari blog aku kerana mereka sudah jauh ke depan dalam dunia blogging TETAPI kalau aku yang datang ke blog mereka....HUUUHH...aku yang bernasib baik kerana banyak yang akan aku dapat dari blog mereka tuuu...heheh
Kepada ketiga-tiga blogger ini... sori..aku guna nama korang dalam entri aku...tapi korang la blogger2 yang aku rasa boleh jadi aim untuk berjaya....
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
2 comments:
blog awak pun apa kurangnya..
dengan berkat usaha..kita boleh setanding dengan ben dan ariff satu hari nanti..
jenguk2lah blog saya k..
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/
Tq amar... kita sama2 maju dan lama2 boleh jadi ikon jg...hhehe tak tau malu...aku la..
Post a Comment