CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Sunday, August 29, 2010

Heboh..bonus raya...siapa Juara SEO, HIDUP SEORANG BLOGGER - denaihati... Otai SEO terhandal masuk bertanding

Hidup seorang blogger yang kesuntukan masa dalam mengupdate blognya mengundang bahaya kepada dirinya sendiri apabila badanya semakin kurus dan tidak sihat akibat dari kekurangan tidur yang dialaminya selama beberapa hari kerana mencari bahan-bahan yang boleh ditulis diblognya melalui internet..

Semalampun sewaktu pergi shopping di KL Mall, dia sentiasa memegang telefonnya dan mengambil apa-apa gambar yang lalu di depannya yang dia fikirkan boleh dimasukkan ke dalam blognya nanti. Dalam hatinya "aku ingin ikut contest hidup seorang blogger yang dianjurkan oleh Denaihati tu" katanya. Kalau menang besar hadiahnya..

Buat sementara ini dia berazam untuk mengurangkan masanya bermain Facebook, myspace, friendster dan banyak lagi website kegemarannya semata-mata kerana ingin memajukan blog caplangnya itu.

Hari itu tersepak batu di jalan pun tidak dirasakan olehnya akibat penangan pertandingan yang dianjurkan oleh Denaihati itu. Beliau tahu yang google SERP sukar untuk buat rating ke atas blognya yang hanya luas sekankang tanah tu.. Kalau diumpamakan air di kolam mungkin saiznya hanya setitis dari ke semua isi air kolam tersebut.

Bukan macam denaihati besar dan sudah mula gah di peringkat antarabangsa. Sudah boleh menganjurkan pertandingan SEO hidup seorang blogger. Denaihati juga sudah tersenarai sebagai Top 10 blog Melayu di Malaysia di mana ianya setanding dengan blog bloger-bloger terkenal seperti Rohaizad, Arrifshah, Kujie dan lain-lain. Sebelum ini pun Denaihati telah menganjurkan banyak pertandingan dengan hadiah yang boleh dikirakan menarik juga lah. Sudah pasti selepas pertandingan ini laman web ini akan menjadi lebih popular dan lebih tinggi PR nya dalam dunia internet.

Penyertaan blogger dari negara jiran Indonesia dalam contest hidup seorang blogger ini juga menjadikan persaingan menjadi lebih sengit kerana setahu dia blog-blog dari negara jiran itu mempunyai pengunjung yang berlipatkali ganda berbanding dengan blog-blog di negara ini. tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba.. siapa tahu nasib ditangannya pada kali ini..

Walaupun telah menyertai pertandingan SEO hidup seorang blogger tetapi entri post harian tidak dilupakan dan harus dibuat supaya kewujudan blognya itu terus dirasakan. Dirinya terasa bangga juga kerana tersenarai di antara 70 blogger yang menyertai contest hidup seorang blogger itu.. Semua orangpun ada mengatakan yang contest ini disertai oleh 70 blogger hebat atau otai walaupun dia sedar yang sebenarnya siapa dirinya dalam dunia blogging ini..hehe..

selamat berjaya kepada semua blogger yang menyertai contest hidup seorang blogger ini..Tak lupa juga diucapkan tahniah kepada yang berjaya nanti..



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
 
Bookmark and Share
Share

Saturday, May 22, 2010

SIAPA FOLLOWER AKU YANG KE-100..

Sebenarnya aku tidak sabar-sabar ingin melihat siapa follower aku yang ke 100 tu.. Aku tidaklah macam orang lain buat pertandingan untuk follower yang ke-___ dorang.. Masalahnya aku tidak mahir buat pertandingan macam dorang tu..

Apa faedah kalau follower ramai ye... aku rasa memang banyak sebab mereka itu iaitu follower kita adalah salah satu sumber traffik kita.. Macam aku sendiri, bila aku suka blog tu aku follow dan aku letak blog itu dalam bloglist aku.. jadi kalau blogger itu rajin update blog dia dan aku pula suka entri dia maka aku pasti akan ke blog itu unuk menyiasat dengan lebih lanjut..

Lagi satu ialah aku lagi suka kalau orang itu follow aku secara sukarela dan ikhlas.. Betul-betul dia mau follow baru follow aku,jadi aku rasa itu yang lebih bagus.. Bukan salah juga kalau follow-memfollow malah itu pun salah satu untuk tingkatkan traffik juga tapi lebih afdhal kalau follow dengan ikhlas..ceeewah..

Jadi untuk mencari follower kee 100 tu... (orang da mau cari yang ribu2 tak kecoh pun) biarlah aku dapat dengan pelan2. Lagipun tinggal 7 orang ja lagi... nda lama lagi tu dapatlah kan...

Sekali lagi aku ucapkan TQ kepada semua yang sudi jadi follower blog spontan aku ni... 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Thursday, May 20, 2010

Alexa traffic rank aku naik dengan cepat...kenapa ya..

Sebenarnya terus terang aku cakap yang aku tidak tau apa yang berlaku dan bagaimana ia berlaku. Yang aku tahu ialah melihat perubahan pada alexa traffic rank aku.. Ada jugalah aku baca-baca entri kawan-kawan lain yang berkaitan dengan traffic alexa ni tapi aku masih tidak berapa faham bagaimana alexa traffic ni berfungsi sepenuhnya..

Hujung bulan April iaitu sekitar 27hb aku ingat alexa traffic aku ialah sekitar 20,000,000. Sayangnya aku tidak terfikir untuk tangkap gambar masa tu..Minggu pertama bulan Mei traffic alexa rank aku ialah sekitar 10,000,000. huuuh..masih terlalu jauh... dan pada 18hb ni baru aku terfikir mau ambil sedikit photo mau simpan dalam komputer aku untuk kenangan...sekurang-kurangnya ada juga yang aku tengok di masa depan andainya blog aku ni masih terus meningkat...

Ni aku tunjuk di mana traffic alexa aku berada setakat hari ni...


  Alexa Traffic Rank aku pada 18-5-2010 pada 9.29 am

 
Alexa Traffic Rank aku pada 19-5-2010 pada jam 6.07am
 
 
Alexa Traffic Rank aku pada 20-5-2010 jam 6.26 am

Aku tidak tahu setakat mana ketepatan rank ini kerana aku ada melihat blog-blog senior yang visitornya pun tinggi tapi alexa traffic rank mereka masih di belakang aku punya traffic rank.. Mungkin tidak betul la kali ni... Tapi apapun...aku tetap bangga dengan kewujudan blog iddinmcorner setakat ni semoga kewujudan blog ini dapat memberikan manfaat kepada semua...

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
 
Bookmark and Share
Share

Saturday, May 15, 2010

Apa yang Ariffshah, Ben Ashaari dan Dahlia baca di blog aku... Apa yang mereka dapat???

Apa Ben Ashaari dapat kalau dia datang ke blog aku? Banyak tau...Biarpun blog aku tidak seberapa tetapi saya percaya kepada apa yang selalu orang cakap yang mana setiap blog itu mempunyai keistimewaan sendiri..

Saban hari kita selalu melihat kawan-kawan blogger menayangkan peningkatan traffik alexa mereka.. Ada yang sudah masuk dalam top 40, dan macam-macam lagi... Saya sendiripun boleh kata setiap hari melawat blog-blog yang aku rasakan boleh mendapatkan tips berblog... Buat masa ni saya rasa blog Arifshah yang paling sesuai dilawat kalau mahu mendapatkan tip-tip yang berkesan..Blog lain bukan tidak berkesan tetapi blog Ariffshah ni lebih detail dalam menerangkan sesuatu tips cuma kadangkala tip-tipnya tu sangat teknikal dan agak sukar dilakukan atau difahami... Boleh formspring en Ariff kalau mau minta penjelasan lebih lanjut... Tidak jadi masalah kan bro...

Blog-blog lain yang menyebabkan aku melawat blog mereka ialah kerana mereka menyiarkan banyak berita semasa. Biasanya kita boleh juga mendapatkan berita tersebut di akhbar-akhbar tempatan tetapi saya percaya kebanyakan daripada kita agak malas untuk menyelak-nyelak akhbar.. Lagipun dalam akhbar itu ada banyak berita yang dipaparkan dan kadangkala berita yang kita mahu ada di muka surat kedua dan seterusnya... jadi malas untuk ke sana..

Kadang-kadang perkara yang membuatkan aku melihat-lihat ke blog itu ialah kerana ada contest dalam blog tersebut macam blog Dahliajournal .

Biarpun contest yang mereka anjurkan itu akhirnya kita tidak jadi ikut serta tetapi bagi aku yang penting aku mau tengok juga apa contest dan apa hadiahnya..

Setiap blog yang akan aku lawat pasti ada tarikan tersendiri dan tidak kiralah berita yang mereka paparkan itu ialah mengenai mereka ataupun orang lain ataupun apa yang berlaku di persekitaran mereka...asalkan aku tertarik aku pasti akan datang tengok apa yang akan mereka tulis... Di sini mereka dapat menjadikan tulisan mereka itu menarik orang untuk datang ke blog mereka walaupun kadangkala tulisan mereka itu langsung tidak mempunyai nilai membina...hanya cerita mengenai diri mereka....

Jadi kalau 3 blogger ini datang ke blog aku....
Aku rasa mereka bernasib baik kalau mereka dapat apa-apa manfaat dari blog aku kerana mereka sudah jauh ke depan dalam dunia blogging TETAPI kalau aku yang datang ke blog mereka....HUUUHH...aku yang bernasib baik kerana banyak yang akan aku dapat dari blog mereka tuuu...heheh

Kepada ketiga-tiga blogger ini... sori..aku guna nama korang dalam entri aku...tapi korang la blogger2 yang aku rasa boleh jadi aim untuk berjaya.... 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 
 
Bookmark and Share
Share

Thursday, May 13, 2010

KENAPA AKU MENOLAK PELAWAAN JOIN BLOGGER GATHERING OLEH NUFFNANGS

Pernahkah anda dijemput untuk menghadiri mana-mana perjumpaan blogger misalnya seperti yang dianjurkan oleh nuffnang baru-baru ni.. Saya percaya yang blogger-blogger sekalian ada menerima pelawaan seperti itu dan ada yang telahpun datang menghadirinya seperti yang kebanyakan blogger paparkan..

Aku pernah beberapa kali juga menerima pelawaan yang sama tetapi tidak menghadirinya atau menolaknya kerana masalah aku sendiri iaitu acara diadakan di Kuala Lumpur sedangkan aku tinggal di Sabah?? So distance yang menjadi masalah..

Aku rasa jika dengan keadaan aku sekarang maka aku pasti tidak akan dapat menghadiri mana-mana gathering jemputan kerana terikat dengan jarak dan waktu. Saya fikir masalah ini dihadapi oleh semua blogger yang terikat dengan kerja dan jarak walau di mana mereka berada.

Unless jika ada perjumpaan seperti itu yang diadakan di sekitar Sabah, maybe aku dapat datang... :-) Tapi tak apalah kerana aku tumpang gembira membaca kejayaan gathering itu dan tumpang baca apa yang kawan-kawan blogger lain tulis...

itulah sebabnya aku tidak dapat datang gathering yang diadakan di Kuala Lumpur atau Semenanjung...

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Thursday, May 6, 2010

BLOGGER TU KACAK TAPI HATINYA KACAU DAN KURANG ELOK... SIAPA???

Kisah kali ini ialah kisah seorang blogger yang kacak,cantik tetapi hatinya kacau.. Dia tidak akan senang hati selagi tidak mencoretkan sesuatu yang dia mahu di blognya. Boleh dikatakan dalam sehari entrinya dalam 2 atau 3 entri dan semuanya tentang benda yang sama..

Majoriti entrinya ialah dalam soal politik (memang blognya adalah blog politik) dan setiap entrinya ialah against kerajaan yang ada sekarang. Dalam entrinya beliau selalu mengutuk keperibadiaan seseorang dalam bahasa yang dia buat sendiri. Siapa beliau?? Tidak payahlah saya sebutkan sendiri dan jikalau anda semua membaca tulisan beliau mengenai politik, masyallah...seakan-akan parti sokongannya sahaja yang betul. Memang fahamannya ini satu kiblat betul. Apapun yang kerajaan buat sekarang semuanya salah dan beliau akan berusaha untuk mendapatkan fakta yang akan memburukkan kerajaan sekarang.

Saya ini neutral... Kalau kerajaan sekarang memang salah dalam tindakannya, dalam hati saya tetap tidak akan setuju dan sebaliknya.. Buat apa asyik menyalahkan orang lain, cermin dulu diri sendirilah... Kalau tak cukup hensom jangan buat pembedahan plastik da la..

Selain dari itu, bila beliau menulis yang kerajaan sekarang adalah paksi kejahatan dan perlu ditukar, adakah beliau boleh bagi jaminan bahawa kerajaan sokongannya boleh memerintah dengan seadil-adilnya? Siapa beliau untuk bagi jaminan? Beliau hanya seorang penulis blog yang kerdil malah di mata kerajaan atau pembangkang namanya mungkin tidak terlintas langsung..

Kalau pembangkang yang di sokongnya satu hari akan memerintah, mungkin beliau tidak akan menulis blog lagi tentang politik kerana terpaksa menjilat balik ludah yang telah diludahkannya. Apa lagi parti yang di sokongnya sekarang mungkin akan berkelakuan sama dengan pemerintah kerajaan sekarang malah mungkin lebih teruk dari itu...

Tapi mungkin beliau memang tidak senang hati kalau tidak mengutuk seseorang dalam satu hari. Halal bagi beliau untuk melakukan perkara seperti itu...

wallahualam...


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Friday, April 16, 2010

Kenapa nuffnang dan bagaimana mendapat earning?? Aku masih blur...!!!

Sebagai blogger yang baru 2, 3 bulan cuba-cuba aktif dalam penulisan blog ini aku tidak dapat memanafaatkan sepenuhnya apa yang ada di nuffnang. Dalam minggu ni semua orang heboh dengan berita berkaitan RedMummy. Semua orang cuba untuk menulis cerita mengenai Redmummy dan tidak kurang juga yang cuba meniru apa yang Redmummy buat dengan menulis seberapa banyak entri di blognya. Mereka akan tulis apa2 saja untuk menarik perhatian visitor. Semudah itukah???

Tidak salah malah digalakkan tapi jangan semangat yang berkobar-kobar itu padam dalam beberapa hari saja. Bukan senang untuk buat semua itu. Bagi aku pula, banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat sebelum ke tahap itu. Cuma dapat tengok macamana orang beraksi sekarang. Banyak juga entri yang menyatakan mereka dah dapat reward dari nuffnang. Ada yang sikit dan ada yang banyak juga. Sekarang apa yang aku boleh buat ialah belajar dari senior2 blogger bagaimana untuk up traffic. Aku rasa ni yang amat perlu dalam blogging.

Aku rasa aku perlu sedikit masa lagi untuk faham semua ini. Tq kepada entri Dahlia, Lina86,Ellis dan lain2. Kurang2 terbuka juga sikit mata aku untuk lebih bersemangat belajar 'menggunakan nuffnang' dan blogging.

Aku bangga kepada diri sendiri kerana kini terdapat 50 UV ke blog aku setiap hari skg (Masih mentah betul) tapi ada peningkatan dari hari ke hari. Aku tidak tau bercerita tapi aku rasa pengetahuan aku dalam blogging meningkatlah sikit. Sikit2 lama2 jadi bukit lama2 jadi gunung juga..

salam blogging.


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini