CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Sunday, June 27, 2010

AWAS SEMUA BOOKIE....POLIS BERTINDAK LEBIH AGRESIF TERHADAP BOOKIE

27th June, 2010

KUALA LUMPUR: Polis akan bertindak lebih agresif dalam membanteras kegiatan pertaru- han haram bola sepak Piala Dunia 2010 yang kini memasuki pusingan kedua, Pengarah Jabatan Sia- satan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin.
Beliau berkata polis akan meningkatkan lagi pemantauan, risikan, tindakan dan serbuan di seluruh negara.
“Pemantauan secara agresif akan terus dijalankan bagi mematahkan banyak lagi kegiatan sindiket haram itu agar tidak terus-menerus meracuni fikiran orang ramai supaya bertaruh.
“Kalau tidak kerana kekurangan tenaga kerja, tentu pasti ramai lagi sindiket dapat dipatahkan dan bookie dapat ditahan,” katanya.
Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang bermula sejak 11 Jun kini memasuki pusingan kalah mati yang melibatkan lapan perlawanan oleh 16 buah negara sebelum perlawanan peringkat suku akhir, separuh akhir, tempat ketiga dan perlawanan akhir pada 11 Julai depan.
Bakri berkata bookie pertaruhan haram bola sepak Piala Dunia kini berada dalam keadaan cacing kepanasan ekoran gerakan pantas dan bertalu-talu oleh pihak polis dalam usaha membanteras kegiatan itu.
Malahan, katanya ada yang ber- tindak melarikan diri ke luar negara apabila menyedari bahawa kegiatan haram mereka itu telah dikesan oleh pihak berkuasa dan paling mengejutkan ada di kalangan mereka terdiri daripada orang kenamaan yang bergelar ‘Datuk’.
Beliau berkata bagaimanapun mereka ini tidak akan dapat bersembunyi lama, ini kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus menjejak mereka meskipun mereka berada di luar negara.
Beliau berkata PDRM kini menjalinkan kerjasama risikan dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan individu terbabit dan membanteras habis-habisan kegiatan tersebut.
“Kita sudah kenalpasti mereka dan tahu di mana mereka berada, kita akan terus menjejak mereka dengan bantuan Interpol dan rangkaian risi- kan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata PDRM telah mengadakan mesyuarat dengan Interpol dan rangkaian risikan dari pihak berkuasa luar negara dan telah memperoleh lebih pengetahuan dalam bagaimana sindiket dan bookie ber- operasi.
Katanya sejak 11 Jun, polis telah melakukan 156 serbuan di mana 90 daripadanya menghasilkan kejayaan dengan menahan 120 anggota sindiket pertaruhan haram termasuk bookie serta kaki judi berusia 15 hingga 73 tahun dan merampas wang pertaruhan RM300 juta.
Bakri berkata kebanyakan serbuan dijalankan di Pulau Pinang, diikuti Johor, Selangor dan Melaka.
Katanya sehingga kini di Selangor sebanyak 13 sindiket haram berjaya dipatahkan dengan nilai taruhan hampir RM5 juta dirampas dan 21 orang termasuk seorang wanita ditahan.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh atau taksub untuk terus bertaruh meski- pun dijanjikan habuan lumayan, ini kerana mereka yang bersekongkol turut akan dikenakan tindakan.
Kegiatan berjudi hanya akan membawa masalah sosial lain seperti jenayah dan kegiatan meminjam wang daripada ceti haram, katanya.

Sumber:
Sabahtimes


p/s:
So kepada semua bookie-bookie anda harus berfikir banyak kali sebelum anda melakukan kerja anda kerana pihak polis akan tegas terhadap anda... jangan harap anda akan dapat "mengatur" pihak polis kerana mereka akan "jujur" dalam membenteras aktiviti anda...



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini