Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Sunday, June 27, 2010

Siapa mau tengok ikan dan udang yang besar??

Apa makna hari ini padaku..

Hari ini giliran aku kena duty hari minggu.. Setiap minggu kami akan rotate turn untuk duty.. Bila giliran aku kena maka maknanya aku tak dapat bercuti seperti biasa.. Pada kebiasaannya aku akan pulang ke Ranau dari Telupid pada hari sabtu dan kembali pada hari minggu..
Jadi untuk menghilangkan boring pada petang minggu maka aku dan teman-teman telah pergi memancing ke Sungai labuk berhampiran Pekan Nangoh. Walaupun hanya suka-suka tapi rasa best juga bila dapat memancing ikan dan udang...

 Dengan bangganya kawan aku menunjukkan ikan lampam jawa pertamanya pada petang ini..

 Ikan yang dipancingnya tidaklah terlalu besar tapi "ada saiz lah" kata orang

 Tangkapan kedunya lebih hebat..Ikan lampan jawa setengah kilo dan seekor lagi yang kecil sedikit...Dapat pancing dua sekaligus..memang nasibnya...

 Kawan aku yang satu ini tidak dapat sebarang ikan hanya seekor udang saiz "A"


Oleh kerana cuaca agak panas pada hari ini dengan hanya terdapat sedikit awan di atas, kami membuat keputusan untuk pulang awal kerana tidak tahan dengan kepanasan yang melampau...huhuu



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

2 comments:

ardinihumaira said...

bestnya memancing dan pulang dengan hasil :)

iddinm said...

best jugalah sambil buang masa..heheh

Entri-Entri terkini