CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, June 21, 2010

MUSIM MENGAWAN DA BERLALU..

Sebenarnya yang aku hendak coretkan di sini adalah musim cuti sekolah sudah berlalu. Musim senang dan rehat cikgu-cikgu juga sudah berakhir.. selamat kembali kepada tugas biasa yang sudah menanti anda di sekolah..

Banyak yang istimewa dengan cuti sekolah ini.. Di samping dapat meluangkan lebih masa dengan  keluarga, banyak benda lain yang boleh dibuat. Antara yang paling ketara ialah musim cuti sekolah merupakan musim kebanyakan pasangan mengakhiri zaman bujang masing-masing. Kalau di kampung-kampung atau di pekan-pekan kita akan lihat tenda-tenda didirikan. Tidak kurang juga kita akan lihat konvoi kenderaan yang berarak berpusing-pusing di tengah pekan mengarak pasangan yang akan berkhawin.

Perarakan ini diserikan lagi dengan paluan gong atau pun alat muzik tradisional yang lain..

Satu lagi yang nyata berlalu ialah musim pendapatan mewah kepada pengurus-pengurus perkhawinan sudah berlalu.. Butik-butik kecantikan dan Bridal shop telah kembali kepada bisnes biasa yang agak kurang pelanggannya tapi tidak menjadi masalah kerana mereka telaah buat banyak duit semasa cuti sekolah..

Nyatalah musim cuti sekolah ini ialah satu waktu yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang di mana di sinilah peluang menghabiskan masa dengan anak-anak dan keluarga.. penantian terhadap kedatangan musim cuti sekolah yang seterusnya tetap dinantikan...
 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini