Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Sunday, June 20, 2010

Pengakuan Saiful Apek: Saya tak layak jadi ikon

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
bminggu@bharian.com.my
2010/06/20

Saiful Apek
Saiful Apek
 
Pelawak hasrat undur diri sementara selepas lalui pengalaman ditahan kerana dadah

KUALA LUMPUR: "Saya insaf! Saya percaya untuk menjadi manusia yang baik, saya perlu terlebih dulu melalui insiden buruk. Soal imej buruk atau sebaliknya, itu terpulang kepada masyarakat. Dengan rendah hati, saya mengakui tidak layak untuk diangkat sebagai ikon atau contoh kerana ikon sejati ialah Rasulullah SAW.

“Tiada siapa yang akan dapat menggantikannya dan Alhamdulillah, penahanan itu membawa fadilat tersendiri untuk saya rasai nanti,” kata Saiful Apek, 41, dalam nada sebak yang sekali gus menyatakan hasratnya mengundur diri daripada industri hiburan untuk memberikan tumpuan kepada aktiviti kemasyarakatan.
“Saya berundur diri kerana ingin berehat dan mahu merasai nikmat hidup sebagai orang sihat serta bebas,” katanya menerusi panggilan telefon, petang semalam.

Pelawak yang nama penuhnya, Mohd Saiful Azam Mohamad Yusoff berkata, pengalaman ditahan reman selama empat hari sebelum dibebaskan Khamis lalu, menimbulkan keinsafan dan membuatkan dia bersyukur kerana dapat kembali menghirup nikmat kebebasan seperti manusia lain.

Penahanan itu juga katanya, mencetuskan idea kepadanya untuk melancarkan kempen berjuang menentang penyalahgunaan alkohol, dadah serta penganiayaan.

Katanya lagi, penahanan itu turut membawanya melalui satu proses transisi, membuat dia lebih mengenali diri dan mengetahui siapa teman sejati dan lawan.Saiful Apek berkata, keputusan itu diambil bukan kerana insiden hitam yang dilalui sebaliknya dia ingin menyempurnakan sebuah hasrat yang sekian lama diimpikan.

Enggan mengulas panjang mengenai impian itu, Saiful Apek berkata, peluang itu juga dimanfaatkan untuk bersama keluarga kerana sebelum ini terlalu sibuk dengan urusan karier seni.

Dia bagaimanapun, mengakui masih berminat untuk meneruskan perjuangannya dalam bidang hiburan dan akan kembali apabila tiba masanya.

“Saya sentiasa meletakkan diri sebagai seorang pelajar dalam menimba ilmu seni. Jadi tidak akan ada istilah bersara atau meninggalkan bidang hiburan selama-lamanya.

“Saya cuma mahu mengundur diri sementara. Saya pergi bukan kerana takut dengan persepsi negatif masyarakat. Saya juga tidak takut untuk bersemuka atau berdepan dengan kelompok minoriti yang cuba menjatuhkan nama baik dan karier.

“Saya akan manfaatkan masa itu dengan berjuang menerusi kempen antialkohol, penyalahgunaan dadah dan penganiayaan selepas melalui satu pengalaman tidak dapat dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003 itu juga berkata, dia tidak bimbang peristiwa penahanan bersama lima rakannya kerana mengambil dadah, Sabtu lalu membataskan peluangnya untuk terus aktif sebagai anak seni.

Baginya, rezeki setiap manusia ditentukan Allah dan dia sentiasa yakin apa juga musibah berlaku tidak sesekali menjejaskan semangatnya.

Ditanya kemungkinan penahanannya itu berlaku kerana penganiayaan, Saiful Apek enggan mengulas dan menyerahkan perkara itu kepada Allah.

Cukup katanya, dia berterima kasih dan menyatakan penghargaannya kepada pihak polis melayannya dengan baik sepanjang ditahan.

“Perkara lain berkaitan peristiwa penahanan tidak dapat saya jelaskan kerana semuanya masih dalam siasatan. Serahkan saja kepada polis untuk menyelesaikannya dengan bijaksana dan adil,” katanya.

“Saya juga mahu berterima kasih kepada peminat sanggup mengumpul wang bagi membantu pembebasan saya. Mereka ini menjadi sumber kekuatan saya,” katanya.

sumber:


p/s:
Benarkah segala pengakuan seorang artis apabila sudah melakukan kesalahan? sekejap da mengaku bertaubat tapi besok-besok buat lagi!! Entahlah dunia...


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

5 comments:

touyakaruma said...

baguslah kalau dia dah berubah

Mr. J pengeRindu said...

“Saya juga mahu berterima kasih kepada peminat sanggup mengumpul wang bagi membantu pembebasan saya. Mereka ini menjadi sumber kekuatan saya,” katanya.


alahai.. takkan tak ada duit kot? habis beli dam ke?

iddinm said...

Entahlah..
macam2 la artis ni

meyour said...

lu ingat senang ke nak buat lawak kepala kosong???

iddinm said...

Meyour,

Entahlah pasal aku pun tak npandai melawak...

Cuma yang aku tau pakai benda tu salah di sisi undang2..
BaDAN PUN ROSAK

Entri-Entri terkini