CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, July 12, 2010

Badrul Muhayat bayar kompaun, bebas tuduhan cedera isteri


12/07/2010 3:24pm

KUALA LUMPUR 12 Julai - Pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani dibebaskan Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas tuduhan mencederakan isterinya, Julia Daud selepas membayar kompaun RM1,000 kepadanya.
Bekas model itu yang nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 42, juga memohon maaf kepada Julia, 29.
Sebelum ini, beliau mengaku tidak bersalah menumbuk Julia di muka, menendang di perut dan memukulnya dengan menggunakan batang penyapu di punggung dan kaki di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, pada 7 pagi 24 Mac lalu.
Bapa kepada dua orang anak itu membayar kompaun tersebut selepas Majistret Wan Karimah Wan Abdul Ghani mengarahkan Badrul Muhayat berbuat demikian di hadapannya.
Wan Karimah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan dan pembelaan telah mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan secara penyelesaian bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah. - Bernama





Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini