CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, July 1, 2010

LISA SURIHANI - SAYA TAK RISAU PEMINAT MULA BOSAN...

Lisa Surihani memang popular dan semakin popular...Namanya kini setanding dengan bintang ternama seperti Erra Fazira dan kini tawaran berlakon tak putus-putus datang kepadanya.. Terbaru Lisa Surihani akan keluar dengan drama terbarunya "Tudung Ekspress"  di mana dalam filem ini Lisa akan memegang watak Erin. Beliau mengakui yang tidak berasa janggal dengan mengenakan tudung sepanjang penggambaran drama 13 episod itu kerana sebelum ini pun beliau selalu memakai tudung dalam majlis-majlis agama juarnya lagi.

Mengulas tentang wataknya dalam drama itu Lisa memberitahu bahawa wataknya adalah menjadi seorang muslimah dari kampung yang datang ke kota demi mengejar cita-cita namun kerana sifatnya yang kelam-kabut Erin selalu di timpa masalah..
Cabaran utama dalam filem ini ialah aksi dalam komuter di mana mereka terpaksa berlari keluar dari komuter semasa keretapi sedang berhenti mengambil penumpang.

Drama ini mengisahkan kehidupan 4 orang gadis bertudung yang memiliki watak tersendiri. Pelakon lain ialah Julia Ziegler, Linda Hashim dan Chermaine Poo yang akan ditayangkan setiap jam 9.30 malam di astro prima bermula 8 Julai.
Biarpun tawaran berlakon yang diterimanya semakin mencurah-curah tetapi Lisa tidak kelam kabut untuk menerimanya kerana takut tidak mempunyai masa untuknya. Berkaitan dengan tanggapan peminat akan bosan terhadapnya Lisa menjelaskan yang beliau tidak mampu mengawalnya.. Beliau masih berpegang kepada prinsip yang rezeki itu adalah pemberian tuhan dan bersyukur kepadanya..






Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

2 comments:

Unknown said...

ske lisa x?hehhe

iddinm said...

setakat ni ok la dia pasal x terlalu banyak ceta yang tak bagus tentng dia..Harap dia tak lupa daratan lah

Entri-Entri terkini