CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, July 12, 2010

SANG PERAMAL HEBAT...SUDAH NYATA YANG 'PAUL' LEBIH HEBAT DARI 'MANI,..

Salam,

Pertandingan bolasepak piala dunia baru saja berakhir awal pagi tadi dengan munculnya muka baru sebagai pemenang iaitu Sepanyol apabila mereka berjaya menewaskan Belanda pada masa tambahan dengan keputusan 1-0. Mungkin ramai yang gembira kerana pasukan mereka telah menang tetapi tidak kurang juga yang kecewa apabila pasukan Belanda tewas.. Apapun perlawanan pagi tadi tetap hebat dengan kedua-dua pasukan saling menyerang lawan masing-masing..

Keputusan awal pagi tadi juga telah menemukan "Paul" dan "Mani" yang juga telah membuat pertandingan mengenai siapa peramal yang paling hebat kepada keputusan pertandingan piala dunia kali ini... Nyatalah yang Paul octopus lebih hebat dan memang lebih handal..

 
Mani


Paul 
 
Biarpun masing-masing memlilki teknik ramalan yang berbeza tetapi dalam perlawanan akhir semalam Paul telah memilih Sepanyol manakala Mani telah memilih Belanda sebagai pemenang masing-masing..
Dalam perlawanan piala dunia kali ini ramalan Paul 100% tepat dengan semua jangkaannya telah menjadi kenyataan manakala Mani juga tidak kurang hebatnya dengan ramalan 80%.. Apapun semua itu telah menjadi sebahagian daripada suka duka piala dunia kali ini.. Entah apa lagi yang akan berlaku pada pertandingan musim akan datang.. Sama-sama kita nantikan di Brazil 2014...



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

2 comments:

Entri-Entri terkini