CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label SPAIN. Show all posts
Showing posts with label SPAIN. Show all posts

Monday, July 12, 2010

SANG PERAMAL HEBAT...SUDAH NYATA YANG 'PAUL' LEBIH HEBAT DARI 'MANI,..

Salam,

Pertandingan bolasepak piala dunia baru saja berakhir awal pagi tadi dengan munculnya muka baru sebagai pemenang iaitu Sepanyol apabila mereka berjaya menewaskan Belanda pada masa tambahan dengan keputusan 1-0. Mungkin ramai yang gembira kerana pasukan mereka telah menang tetapi tidak kurang juga yang kecewa apabila pasukan Belanda tewas.. Apapun perlawanan pagi tadi tetap hebat dengan kedua-dua pasukan saling menyerang lawan masing-masing..

Keputusan awal pagi tadi juga telah menemukan "Paul" dan "Mani" yang juga telah membuat pertandingan mengenai siapa peramal yang paling hebat kepada keputusan pertandingan piala dunia kali ini... Nyatalah yang Paul octopus lebih hebat dan memang lebih handal..

 
Mani


Paul 
 
Biarpun masing-masing memlilki teknik ramalan yang berbeza tetapi dalam perlawanan akhir semalam Paul telah memilih Sepanyol manakala Mani telah memilih Belanda sebagai pemenang masing-masing..
Dalam perlawanan piala dunia kali ini ramalan Paul 100% tepat dengan semua jangkaannya telah menjadi kenyataan manakala Mani juga tidak kurang hebatnya dengan ramalan 80%.. Apapun semua itu telah menjadi sebahagian daripada suka duka piala dunia kali ini.. Entah apa lagi yang akan berlaku pada pertandingan musim akan datang.. Sama-sama kita nantikan di Brazil 2014...



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Thursday, July 8, 2010

SOTONG AJAIB MERAMALKAN BELANDA AKAN MENEWASKAN SEPANYOL DALAM PERLAWANAN AKHIR...

Oleh kerana pasukan negaranya Germany telah tewas maka timbul tandatanya adakah si Paul ini akan meneruskan ramalannya ke atas perlawanan akhir piala dunia di antara Sepanyol dan Belanda.. Dengan kecanggihan teknologi komputer masa kini maka telah dikeluarkan foto yang kononnya adalah si Paul yang terkenal itu di mana dia telah meramalkan Belanda akan menewaskan Sepanyol pada perlawanan akhir...

 
Pada aku foto ini ada keraguan dari segi bentuk akuariumnya dan juga si paul itu sendiri.. Adakah kerana terlalu banyak meramal keputusan mengakibatkan si paul semakin kurus? Mana perginya bola disamping balang akuarium itu? Tapi jika benar foto di atas adalah Paul maka bagaimana? Pada piala dunia kali ini Paul belum tewas dalam 6 perlawanan... satu pencapaian yang memang mengagumkan dan ajaib..

Tidak kurang juga foto lain yang dicipta oleh orang untuk mempermainkan ramalan si Paul... Lihat gambar foto di bawah... Bila masa si paul buat semua ramalan itu...


Yang ini best sebab pasukan Jerman akan menentang pasukan Malaysia di mana Paul dikatakan telah memilih Malaysia sebagai pemenang...hahah...siapalah yang buat lawak best ini.. Kita tengok lagi satu foto...

 
Adakah si Paul datang meramal keputusan perlawanan di antara Selangor dan Kelantan? Yang ini mungkin sotong kurita Malaysia yang dipelihara di Selangor..haha
Apapun keadaannya kita tunggu keputusan sebenar perlawanan akhir Piala Dunia 2010 pada 12 Julai nanti..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Good bye Germany..YOU'RE NOT IN THE FINAL THIS YEAR...'Paul' memang telah jangka keputusan ini....SPAIN 1-0 GERMANY

Spain 1- 0 Germany 

     1  

  0

Memang berar ramalan si Paul...Akhirnya Jerman terpaksa mengakui hakikat yang Sepanyol lebih handal dan menguasai segenap posisi dalam perlawanan ini...Hanya sekali-sekala Jerman dapat memasuki kawasan Sepanyol...Bolehlah dikatakan yang Sepanyol menguasai bola dan hanya bermain setengah padang.. 

Puyol pemain Barca ini menjaringkan gol pada separuh masa kedua dan seterusnya membawa pasukan Sepanyol ke perlawanan akhir.. Jika tidak kerana sikap tamak Pedro yang mendapat hantaran dari Xavi Hernendez pada minit ke 83 dan memberikan bola kepada Torres di sebelah kirinya yang memang kosong maka sudah pasti pasukan Sepanyol memenangi perlawanan ini 2-0...

Apapun pada piala dunia kali ini pasukan Sepanyol telah menempah sejarah dengan memasuki peringkat separuh akhir dan akhir buat pertama kali..

Tahniah kepada semua pemain Sepanyol...

Buat pemain Jerman..Cuba lagi pada piala dunia tahun 2014..


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Wednesday, July 7, 2010

PHOTO RAMALAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR DI ANTARA SPAIN DAN GERMANY ADALAH PALSU...?

Sebelum saya meneruskan coretan mengenai ramalan si "Paul" saya harap Cik Anastasyea membenarkan saya menggunakan gambar di bawah yang saya ambil dari blog beliau sebagai gambar entri kali ini...

Teknik mengubah dua gambar ini dan menggantikan gambar Negara Serbia dengan gambar Negara  Sepanyol amat mudah dilakukan..ianya boleh dilakukan dengan photo editor seperti adobe photoshop dan sebagainya.. jika anda ingin gambar anda berada di sebelah artis pun boleh walaupun anda tidak pernah jumpa artis tersebut..Guna saja teknik superimpose..anda akan dapat menggantikan bendera Serbia dengan bendera yang anda suka.


Jadi hakikatnya ialah Munzig dan teman-temannya tidak terlibat dalam hal ini dan gambar yang digembar-gemburkan di internet adalah amat tidak tepat sekali..Tengok saja kedudukan bola,aquarium, malah cara "paul" memegang di kotak pun tiada perbezaan langsung..Cuma yang berbeza di sini ialah bendera Sepanyol dan Serbia.. 

Jadi tidakkah itu menghairankan? Bukankah ada kebenaran dakwaan ini? Lagi satu ialah bendera Sepanyol ini tidak cukup lambang.. Takkan bendera pun salah letak..

Jadi pandai-pandailah anda letak pasukan pilihan anda dalam perlawanan awal pagi nanti... Jangan kerana sotong palsu anda akan tersalah pilih pasukan...


 
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Tuesday, July 6, 2010

SOTONG KURITA PERAMAL KEPUTUSAN PERLAWANAN SPAIN DAN GERMANY...KAWAN AKU TIDAK PEDULI...

Sotong kurita ajaib telah meramalkan Sepanyol sebagai pemenang perlawanan esok..Ini menurut gambar yang telah disiarkan.. Berbagai-bagai reaksi yang aku dapat dari rakan-rakan aku mengenai ramalan itu..Ada yang setuju dan tidak kurang juga yang menolak ramalan itu..

"Ini kali aku akan meramal Germany akan menang lagi.. England dan Argentina yang kuat pun kena belasah?? inikan Sepanyol" kata seorang rakan.. "Aku bertaruh 3-1 kepada Germany" kata seorang lagi..Masing-masing mempunyai alasan tersendiri tentang kemenangan yang mereka mahukan..

"Sudah 5 kali meramal semuanya tepat...Bukankah itu satu keajaiban dan ia akan berulang lagi" kata penyokong Spain.. Kalau tengok kepada pemain-pemain yang kedua-dua pasukan ini ada maka pada saya perlawanan adalah seimbang..Cuma siapa yang dapat menggunakan kesempatan akibat kelalaian pihak lawan maka dia akan menang..

"Biarlah..itu sotong ramal mana pun aku akan tetap sokong Spain" seorang lagi kawan aku menyampuk kerana dia tidak mempercayai pada ramalan sotong itu..Baginya itu semua adalah propoganda yang diatur oleh Munzig dan media untuk kepentingan mereka...

Apapun yang mereka katakan aku sendiri akan menyokong Spain bukan kerana ramalan sotong tersebut tetapi aku memang suka akan pasukan ini dan hanya Spain pasukan aku yang tinggal pada piala dunia kali ini.. Jika tewas maka aku tiada pasukan dalam perlawanan akhir nanti.. Tentu tidak seronok menonton perlawanan akhir tanpa pasukan yang kita minati..
 


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

"Paul" SOTONG KURITA AJAIB TELAH MERAMAL SPAIN SEBAGAI PEMENANG ANTARA GERMANY VS SPAIN..


Heboh sekarang diperkatakan yang "Paul" telah membuat ramalan terhadap perlawanan buku bertemu ruas Germany vs Spain.. Paul telah memilih Spain sebagai pemenangnya..Tapi apapun keputusannya ini hanya ramalan psikik seekor binatang. Yang boleh menentukan keputusan sebenar ialah mereka yang bermain dan berada di atas padang.

Ramalan Paul tetap sebagai satu ramalan dan mungkin juga ramalannya sebelum ini pun hanya secara kebetulan.. Mungkin Paul menyukai sesuatu misalnya warna pada bendera yang menyebabkannya memilih Jerman. Biarpun Paul tidak menyebelahi negaranya lagi tapi pemain-pemain Jerman tidak perlu risau. Jika mereka bermain dengan baik seperti sebelum ini maka mereka boleh menidakkan ramalan Paul..

Mungkin juga ramalan itu adalah ramalan palsu..Yalah sekarang ini macam-macam boleh dibuat di internet hanya dengan menggunakan komputer. Jadi apapun ramalan Paul pada kali ini mungkin telah dipengaruhi oleh 'sesuatu' yang kita di sini tidak tahu...Ramalan itu di buat jauh di Eropah sana sedangkan yang berada jauh dari tempat itu hanya berpeluang menunggu apa jua keputusan yang disajikan oleh Munzig..

Kadangkala media juga yang membuat semua spekulasi ini dan ini akan membawa banyak keuntungan kepada pihak-pihak tertentu sekaligus penambahan populariti akhbar tersebut.

Jadi kesimpulannya ialah hanya anda yang mampu menentukan siapa pilihan anda yang sebenarnya.. Anda tentu tahu menilai keupayaan barisan pasukan yang akan diturunkan nanti dan persembahan merekalah yang sebenarnya akan menentukan keputusan perlawanan antara Spain dan Germany itu nanti..

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini