CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Sunday, August 29, 2010

Heboh..bonus raya...siapa Juara SEO, HIDUP SEORANG BLOGGER - denaihati... Otai SEO terhandal masuk bertanding

Hidup seorang blogger yang kesuntukan masa dalam mengupdate blognya mengundang bahaya kepada dirinya sendiri apabila badanya semakin kurus dan tidak sihat akibat dari kekurangan tidur yang dialaminya selama beberapa hari kerana mencari bahan-bahan yang boleh ditulis diblognya melalui internet..

Semalampun sewaktu pergi shopping di KL Mall, dia sentiasa memegang telefonnya dan mengambil apa-apa gambar yang lalu di depannya yang dia fikirkan boleh dimasukkan ke dalam blognya nanti. Dalam hatinya "aku ingin ikut contest hidup seorang blogger yang dianjurkan oleh Denaihati tu" katanya. Kalau menang besar hadiahnya..

Buat sementara ini dia berazam untuk mengurangkan masanya bermain Facebook, myspace, friendster dan banyak lagi website kegemarannya semata-mata kerana ingin memajukan blog caplangnya itu.

Hari itu tersepak batu di jalan pun tidak dirasakan olehnya akibat penangan pertandingan yang dianjurkan oleh Denaihati itu. Beliau tahu yang google SERP sukar untuk buat rating ke atas blognya yang hanya luas sekankang tanah tu.. Kalau diumpamakan air di kolam mungkin saiznya hanya setitis dari ke semua isi air kolam tersebut.

Bukan macam denaihati besar dan sudah mula gah di peringkat antarabangsa. Sudah boleh menganjurkan pertandingan SEO hidup seorang blogger. Denaihati juga sudah tersenarai sebagai Top 10 blog Melayu di Malaysia di mana ianya setanding dengan blog bloger-bloger terkenal seperti Rohaizad, Arrifshah, Kujie dan lain-lain. Sebelum ini pun Denaihati telah menganjurkan banyak pertandingan dengan hadiah yang boleh dikirakan menarik juga lah. Sudah pasti selepas pertandingan ini laman web ini akan menjadi lebih popular dan lebih tinggi PR nya dalam dunia internet.

Penyertaan blogger dari negara jiran Indonesia dalam contest hidup seorang blogger ini juga menjadikan persaingan menjadi lebih sengit kerana setahu dia blog-blog dari negara jiran itu mempunyai pengunjung yang berlipatkali ganda berbanding dengan blog-blog di negara ini. tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba.. siapa tahu nasib ditangannya pada kali ini..

Walaupun telah menyertai pertandingan SEO hidup seorang blogger tetapi entri post harian tidak dilupakan dan harus dibuat supaya kewujudan blognya itu terus dirasakan. Dirinya terasa bangga juga kerana tersenarai di antara 70 blogger yang menyertai contest hidup seorang blogger itu.. Semua orangpun ada mengatakan yang contest ini disertai oleh 70 blogger hebat atau otai walaupun dia sedar yang sebenarnya siapa dirinya dalam dunia blogging ini..hehe..

selamat berjaya kepada semua blogger yang menyertai contest hidup seorang blogger ini..Tak lupa juga diucapkan tahniah kepada yang berjaya nanti..



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
 
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini