CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label remaja. Show all posts
Showing posts with label remaja. Show all posts

Friday, July 2, 2010

Oittt..Seksinya pasangan itu. Artis ke?? Kulit pahanya putih dan licin...Selamba ja berbogel..

Secara kebetulan atau tidak tetapi hakikat ini tak boleh diubah.. Ia memang beraksi seksi dan begitulah.. Mungkin anda tertanya-tanya siapakah gerangannya pasangan yang seksi itu..Sudahlah begitu tak tahu malu pula tu.. Langsung tidak mempedulikan perasaan orang lain..Bukan apa, dalam kaumnya hanya dia yang boleh berbuat demikian dan jarang orang lain berani lakukan..



Sebenarnya yang aku ceritakan ini ialah sepasang buah lobak yang bentuknya seakan-akan lelaki dan wanita berbogel. Jarang kita melihat keadaan seperti ini dan maka itulah aku share dengan korang semua....

Bukan artis atau orang kenamaan atau siapa-siapa yang berbogel..hanya buah lobak yang kulitnya putih bersih..hehe..siapa yang terkena...

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 
 
Bookmark and Share
Share

Thursday, July 1, 2010

Syaitan bertopengkan manusia...Kes terbongkar, petani yang rogol 3 anaknya larikan diri

Apa punya jenis manusia yang berkelakuan seperti binatang yang tidak bertamadun..kerana gagal mengawal nafsu gilanya...anak sendiri menjadi mangsa nafsu seks nya...Pelaku seperti ini patut dihukum sekeras-kerasnya kerana kezaliman yang dilakukannya....

2010/07/01

KOTA KINABALU: Seorang petani berusia 40 tahun dipercayai melarikan diri ke dalam hutan di Kota Marudu, 150 kilometer dari sini, selepas kegiatan merogol tiga anak kandungnya sejak awal tahun ini terbongkar, kelmarin.

Suspek yang berpisah dengan isterinya sejak lima tahun lalu tinggal bersama ketiga-tiga anak perempuannya di Kampung Talangkapas dekat Kota Marudu, dipercayai mula merogol anaknya, masing-masing berusia 11, 13 dan 14 tahun di rumahnya sejak awal tahun ini. 

Share

Wednesday, June 30, 2010

BANYAKNYA ANAK LUAR NIKAH ... 81,000 anak luar nikah berdaftar membimbangkan - IIM

IPOH 29 Jun - 

Angka yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini merupakan perkembangan yang membimbangkan. Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, antara punca yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial tersebut ialah penyaluran maklumat tanpa batasan dan perubahan budaya masyarakat.

Menurutnya, sebanyak 55 peratus rakyat Malaysia dilaporkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai 'gila Internet' dan mereka mempunyai akses terhadap penyaluran maklumat melalui alam maya yang begitu luas. ''Perkenalan melalui Facebook dan laman sosial lain akhirnya mengundang kepada pergaulan bebas sehingga membawa kepada keterlanjuran dan sebagainya.

''Ini berlaku jika kita tidak memiliki benteng dan integriti diri yang kuat dalam era globalisasi kini,'' katanya pada Seminar Pengukuhan Integriti Pemimpin Masyarakat Peringkat Negeri Perak di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Sektor Sosio Budaya IIM, Hamilye Sham Harun. Seminar sehari tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Hashim.

Menurut Mohd. Tap, penyaluran maklumat secara berleluasa menyebabkan masyarakat terutama golongan muda lebih terdedah kepada budaya yang bertentangan dengan amalan masyarakat di negara ini dan tanpa disedari ia meresap ke dalam diri mereka. Dalam hal itu, katanya, semua pemimpin masyarakat perlu memberi tumpuan dalam melaksanakan usaha pengukuhan integriti golongan belia yang merangkumi 11.8 juta atau 42 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.

Sementara itu Abdul Rahman berkata, pemimpin masyarakat perlu mempamerkan nilai-nilai integriti yang tinggi terlebih dahulu agar mereka dapat menjadi contoh kepada masyarakat. ''Sebagai 'duta integriti' dalam masyarakat, mereka harus terlebih dahulu menanamkan nilai-nilai terpuji dalam kehidupan seharian seperti mengamalkan budi bahasa yang baik, berakhlak mulia, amanah dan tinggi tahap akauntabiliti masing-masing,'' katanya.


sumber:
utusan

P/S:
Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Dengan keadaan dunia sekarang yang dikatakan tanpa sempadan semua orang harus berusaha dalam memastikan perkara-perkara yang menjurus ke arah penghasilan anak luar nikah dapat dihentikan atau diatasi terus.. Tanpa tindakan dari semua maka perkara ini tidak akan dapat di atasi selamanya...


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Wednesday, June 23, 2010

Kebebasan berlebihan punca gejala seks berleluasa..??

oleh Faridzwan Abdul Ghafar

2010/06/21

Masalah melanda remaja perlu ditangani secara bersepadu, terap nilai Islam

KUALA LUMPUR: Kekurangan penerapan dan latihan akhlak yang baik menyebabkan gejala salah laku seks berlaku di kalangan remaja.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata disebabkan itu, ajaran Islam tidak masuk ke dalam jiwa remaja menyebabkan mereka tidak takut melakukan maksiat.

“Kita kena kaji sistem pendidikan dari segi penerapan nilai Islam supaya anak muda kita berakhlak. Untuk menangani gejala keruntuhan akhlak anak muda mesti ada usaha bersepadu dari semua pihak.

“Kita memberikan kebebasan yang berlebihan kepada remaja hari ini dan saya menyarankan kita sekat sikit internet seperti yang dilakukan China dan Pakistan demi menjaga akhlak anak muda kita,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) bahawa lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Kajian itu juga menyatakan, sebahagian besar golongan remaja berkenaan mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, berkata remaja terbabit dengan gejala salah laku seks kerana tidak mendapat hidayah Allah walaupun mereka mengetahui hukum agama dan dosa melakukan zina.
“Sebab utama perkara sedemikian kerana remaja kita tidak menjaga solat dan kurang mengunjungi tempat seperti masjid atau majlis ilmu. Hukum Islam pada kelompok remaja berkenaan hanya menyentuh telinga saja dan bukannya jiwa mereka.

“Selain itu, cara ibu bapa mendidik anak dengan corak Barat turut menyumbang kepada masalah berkenaan disamping keengganan mereka mendengar saranan ulama untuk mengatasi gejala maksiat,” katanya.

Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din, berkata kajian terbaru UPM itu boleh memberi kesedaran kepada masyarakat terutama ibu bapa mengenai realiti remaja sekarang yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

“Saya menyeru kepada ibu bapa supaya mengambil tindakan dengan memantau aktiviti anak serta meningkatkan pengawasan lebih-lebih lagi ibu bapa yang mempunyai anak gadis.

“Islam menyanjung tinggi remaja yang menjalani kehidupan dengan berlandaskan agama dan bukannya hawa nafsu,” katanya.



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini