CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label blogger otai. Show all posts
Showing posts with label blogger otai. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

ZACKZUKHAIRI.BLOGSPOT.COM, Laman Web Personal dengan domain Blogspot mempunyai ratusan pengunjung "ONLINE"?? Dahysat..

Aku memang kagum dengan blog Mat Gebu iaitu MyResipi.com tetapi ini adalah blog masakan dan resipi.. Visitor on line beratus-ratus memang mengagumkan tapi bagaimana jika blog peribadi yang hanya menggunakan domain blogspot mempunyai ratusan pengunjung? Bukankah itu memang satu pencapaian? Bila aku menulis berkenaan dengan Myresipi di entri aku yang lepas yang mana blog ini mempunyai pengunjung yang mengagumkan Cikgu Dahlia ada menulis dalam komennya berkaitan dengan blog ini. Zackzukhairi pemilik blog Realiti konspirasi ini memang telah melakukan sesuatu yang mengagumkan di sini.


Online dalam satu masa 450++... memang hebat.. jika di lihat dari jumlah entri, beliau hanya ada beberapa entri dalam sebulan tetapi semuanya panjang-panjang dan menceritakan secara detail apa yang ingin beliau sampaikan. Dengan gaya penulisan yang bersahaja tidak hairanlah jika beliau mempunyai follower melebihi 5K dan lebih 12K menyukai Realiti konspirasi di Facebook..

Di sinilah peranaan follower memainkan peranaannya dalam menjana traffik ke blog beliau. oleh kerana beliau berjaya mengolah sesuatu cerita itu dengan baik dan dengan simple maka ramai yang meyukai hasil karya beliau ini..

Korang sendiri boleh melawat blog beliau di sini jika korang ingin tahu lebih lanjut tentang blog beliau. Mungkin ramai juga yang sudah tahu mengenai blog beliau kerana siapa yang tidak tahu mengenai blog yang mempunyai begitu banyak pelawat? Jadi selamat datang ke blog Zackzukhairi...




Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
 
Bookmark and Share
Share

Friday, August 20, 2010

Blog tentang makanan... Traffik "ONLINE" 900++.. MACAM TAK PERCAYA..

Jangan anggap blog yang bercerita mengenai resipi dan makanan kurang mendapat perhatian ramai.. Entri kali ini adalah mengenai kisah Mat Gebu dalam laman webnya Myresipi.com . Blog ini hanya bercerita mengenai berbagai-bagai jenis makanan dan cara menyediakannya. Oleh kerana kepelbagaian resipi di dalam blog ini maka blog ini mempunyai begitu banyak pengunjung setiap masa.. Tak percaya??



Aku memang kagum dengan traffik ke blog ini. Blog ini menulis mengenai berbagai-bagai jenis makanan dari sajian makanan biasa ke biskut atau ke kuih-muih seterusnya lauk-pauk dan lain-lain. Dengan tulisan sebegini traffik yang di jana setanding dengan Utusan Online atau Beritaharian Online..

Oleh itu jika anda berbakat mengenai masakan atau mempunyai banyak idea masakan bolehlah menulis blog seperti ini dan tidak mustahil satu hari nanti nada juga akan mempunyai bilangan pengunjung yang sama ataupun lebih ramai. Aku memang tiada harapanlah kerana aku tak minat masakan.. hehe.




Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
 
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini