CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, July 7, 2010

AWAS KEPADA GURU YANG TIDAK BERDISPLIN...ANDA SEDANG DIPERHATIKAN DI SABAH...Jabatan Pelajaran Sabah dipuji buat tindakan terhadap 117 guru

5th July, 2010
 
TAWAU: Jabatan Pelajaran Sabah dipuji kerana bertindak tegas mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas 117 guru di negeri ini ekoran pelbagai kesalahan tatatertib yang dilakukan mereka. Pengerusi Exco Pelajaran Pemuda Umno, Malaysia Mohd Gasing Saling berkata, tindakan tegas itu menunjukkan jabatan terbabit bersikap profesional dalam menangani kes salah laku guru.

“Kita pada mulanya terkejut kerana jumlah guru yang dikenakan tindakan itu bukanlah sedikit. Apatah lagi apabila 150 guru lagi disenaraikan untuk dikenakan tindakan yang sama.
“Bagaimanapun, saya percaya ramai pihak yang lega kerana Jabatan Pelajaran Sabah ternyata serius bagi memastikan setiap guru melaksanakan tugas mereka dengan sempurna,” katanya.

Tindakan itu juga ujarnya, diharap menjadi pengajaran kepada guru-guru lain untuk menjalankan tugas dengan penuh komited dan amanah. Beliau berkata demikian dalam kenyataannya kepada New Sabah Times, kelmarin. Dalam pada itu, Gasing yang sebelum ini pernah mencadangkan agar wakil dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diberi ruang meninjau proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, mengulangi semula saranannya itu.

“Perkara sebegini sebenarnya sudah dipraktikkan di negara-negara luar. Ia sebenarnya memberi ruang yang lebih kepada ibu bapa untuk melihat sendiri proses pembelajaran anak-anak mereka.

“Setelah itu, wakil dari PIBG ini mungkin boleh menghantar laporan yang terkandung saranan dan cadangan hasil tinjauan mereka. Ini semua adalah untuk kebaikan generasi pelajar kita,” katanya.

Dalam hal berkaitan, beliau berharap cadangan tersebut tidak dipandang sepi sebaliknya dilihat secara positif demi memartabatkan lagi penjanaan modal insan negara.


sumber:
-newsabahtimes-

P/s:
Guru yang tidak bersungguh-sungguh dalam pengajaran harus dikenakan tindakan sebegini agar mereka yang lain lebih komited dan tinggi komitmen terhadap bidang tugas mereka..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
  
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini