CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, July 6, 2010

SOTONG KURITA PERAMAL KEPUTUSAN PERLAWANAN SPAIN DAN GERMANY...KAWAN AKU TIDAK PEDULI...

Sotong kurita ajaib telah meramalkan Sepanyol sebagai pemenang perlawanan esok..Ini menurut gambar yang telah disiarkan.. Berbagai-bagai reaksi yang aku dapat dari rakan-rakan aku mengenai ramalan itu..Ada yang setuju dan tidak kurang juga yang menolak ramalan itu..

"Ini kali aku akan meramal Germany akan menang lagi.. England dan Argentina yang kuat pun kena belasah?? inikan Sepanyol" kata seorang rakan.. "Aku bertaruh 3-1 kepada Germany" kata seorang lagi..Masing-masing mempunyai alasan tersendiri tentang kemenangan yang mereka mahukan..

"Sudah 5 kali meramal semuanya tepat...Bukankah itu satu keajaiban dan ia akan berulang lagi" kata penyokong Spain.. Kalau tengok kepada pemain-pemain yang kedua-dua pasukan ini ada maka pada saya perlawanan adalah seimbang..Cuma siapa yang dapat menggunakan kesempatan akibat kelalaian pihak lawan maka dia akan menang..

"Biarlah..itu sotong ramal mana pun aku akan tetap sokong Spain" seorang lagi kawan aku menyampuk kerana dia tidak mempercayai pada ramalan sotong itu..Baginya itu semua adalah propoganda yang diatur oleh Munzig dan media untuk kepentingan mereka...

Apapun yang mereka katakan aku sendiri akan menyokong Spain bukan kerana ramalan sotong tersebut tetapi aku memang suka akan pasukan ini dan hanya Spain pasukan aku yang tinggal pada piala dunia kali ini.. Jika tewas maka aku tiada pasukan dalam perlawanan akhir nanti.. Tentu tidak seronok menonton perlawanan akhir tanpa pasukan yang kita minati..
 


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

5 comments:

Ken Wooi said...

spain! =D

iddinm said...

aku pun spain juga ken

Unknown said...

spain tatap dihati bro...

fendi said...

salam..
aku xxpeduli bro pasal kurita tu..kebetulan aje atau sekadar menguji keimanan kita umat islam{yang beragama islam}..apepun aku dajgka spain menang sbb tengah kuat..ble tgh kuat outomatik hancurlah oppenent lawan..

fendi_scropio said...

salam..
aku kat sini xpeduli sotong peramal 2..bg aku kebetulan jer..hahahah..
apepun bg aku mgkin sekadar mnguji keimanan bg yng beragama islam..jgn caya..
pepeun spain totep dihati..mg spain menang..da agak..

Entri-Entri terkini