CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

AWAS KEPADA GURU YANG TIDAK BERDISPLIN...ANDA SEDANG DIPERHATIKAN DI SABAH...Jabatan Pelajaran Sabah dipuji buat tindakan terhadap 117 guru

5th July, 2010
 
TAWAU: Jabatan Pelajaran Sabah dipuji kerana bertindak tegas mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas 117 guru di negeri ini ekoran pelbagai kesalahan tatatertib yang dilakukan mereka. Pengerusi Exco Pelajaran Pemuda Umno, Malaysia Mohd Gasing Saling berkata, tindakan tegas itu menunjukkan jabatan terbabit bersikap profesional dalam menangani kes salah laku guru.

“Kita pada mulanya terkejut kerana jumlah guru yang dikenakan tindakan itu bukanlah sedikit. Apatah lagi apabila 150 guru lagi disenaraikan untuk dikenakan tindakan yang sama.
“Bagaimanapun, saya percaya ramai pihak yang lega kerana Jabatan Pelajaran Sabah ternyata serius bagi memastikan setiap guru melaksanakan tugas mereka dengan sempurna,” katanya.

Tindakan itu juga ujarnya, diharap menjadi pengajaran kepada guru-guru lain untuk menjalankan tugas dengan penuh komited dan amanah. Beliau berkata demikian dalam kenyataannya kepada New Sabah Times, kelmarin. Dalam pada itu, Gasing yang sebelum ini pernah mencadangkan agar wakil dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diberi ruang meninjau proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, mengulangi semula saranannya itu.

“Perkara sebegini sebenarnya sudah dipraktikkan di negara-negara luar. Ia sebenarnya memberi ruang yang lebih kepada ibu bapa untuk melihat sendiri proses pembelajaran anak-anak mereka.

“Setelah itu, wakil dari PIBG ini mungkin boleh menghantar laporan yang terkandung saranan dan cadangan hasil tinjauan mereka. Ini semua adalah untuk kebaikan generasi pelajar kita,” katanya.

Dalam hal berkaitan, beliau berharap cadangan tersebut tidak dipandang sepi sebaliknya dilihat secara positif demi memartabatkan lagi penjanaan modal insan negara.


sumber:
-newsabahtimes-

P/s:
Guru yang tidak bersungguh-sungguh dalam pengajaran harus dikenakan tindakan sebegini agar mereka yang lain lebih komited dan tinggi komitmen terhadap bidang tugas mereka..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
  
Bookmark and Share
Share

Saturday, June 12, 2010

DULU KAULAH MUSUHKU...SEKARANG KITA DAH KAWAN RAPAT

Kalau dulu kita adalah musuh ketat
sampai orang selalu mengatakan kitalah lambang permusuhan
kenapa kita boleh berbaik-baik 
Sebenarnya permusuhan itu boleh diselesaikan jika ada perbincangan 


 Kan sekarang ni kita dah boleh tidur sama-sama
dengan nyenyak dan tiada ketakutan

 Aku juga sudah boleh menempel di belakangmu sayang ooiii..

Kesimpulannya di sini ialah
permusuhan itu boleh diselesaikan dengan adanya tolak ansur
dan persefahaman antara satu sama lain
tanpa tolak ansur maka permusuhan akan terus berpanjangan



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
 
Bookmark and Share
Share

Friday, May 21, 2010

Saya punya alexa traffic history dalam 3 bulan ni

Hanya untuk mau share dengan korang semua...(bukan untuk minta puji - hehe) tetapi kebanyakan blogger mempunyai impian yang sama iaitu ingin menjadikan blognya lebih baik dari segi pencapaian dan populariti..

Lihat saja blog ariffshah, Ben Asahaari dan sebagainya...mereka memang mempunyai alexa traffic sekitar 100 ribu...kalau tak silap ariffshah da capai bawah 90 ribu...tahniah..Dorang memang berhak menulis apa yang mereka capai..

Kita pun apa salahnya kalau memang ada pencapaian yang boleh dikongsikan bersama.. Lihat saya punya alexa traffic history dalam 3 bulan terakhir ini...

 
saya sebenarnya tidak peduli tentang apa yang ditulis tu sebab susah juga mau difahami apa sebenarnya maksudnya... cuma yang saya faham ialah kalau change itu negative maka maknanya ada peningkatan dari segi populariti... So dalam 3 bulan terakhir kenaikan sebanyak 17,575,003 itu saya rasa satu pencapaian yang bagus juga la...

Jika satu hari nanti alexa traffic aku dah di bawah 1 juta, baru aku akan tulis semula pasal kenaikan itu..

k..chow dulu...



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

SELAMAT MENGHADAPI MUSIM EXAM SEKOLAH, KOLEJ DAN UNIVERSITI..

Kawan-kawan blogger sekalian, post aku kali ini hanyalah semata-mata untuk mengucapkan selamat menduduki peperiksaan atau ujian atau apa-apa pun dan semoga kalian boleh menjawab dengan baik dan tenang.

Bagi blogger macam aku yang dah kerja, tiada apalah yang dirisaukan cuma kerja seharian. Jadi aku juga mau kalian dapat atur masa sendiri agar tidak terganggu masaa mengulangkaji silibus pelajaran. 

K..sekali lagi good luck..

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Monday, May 10, 2010

BLOGGER-BLOGGER BARU VS BLOGGER-BLOGGER OTAI.. SIAPA MENANG

Aku rasa catatan aku kali ini agak pelik kerana menulis sesuatu yang mungkin otai2 blogger lebih mengetahuinya. Persoalan yang saya bawakan ialah di mana tahap anda sebagai blogger baru jika dibandingkan dengan bloger2 lama atau otai dalam blogging ini... Macam mencabar blogger2 otai pula tapi aku hanya menulis apa yang terlintas di dalam fikiranku atau lebih ringkas ialah ini adalah pendapatku...

Aku memang tidak menafikan malah mengakui bahawa blogger2 otai atau lama lebih berpengalaman dalam dunia blogging ini maklumlah mereka duluan makan garam. Malahan kebanyakan tip2 atau rahsia dalam dunia blogging ini mereka sudah mengetahuinya yang rata2 blogger baru tidak tahu. Tapi (ini untuk blogger baru) biarpun anda sebagai blogger baru, dalam sesetengah rahsia blogging ini anda lebih tahu dari otai2 tersebut. Ialah....kemajuan internet sentiasa pesat berkembang dan mengalami banyak perubahan dari hari ke hari.. Jadi dalam kes ini siapa yang lebih rajin mengkaji dan belajar maka pengalamannya pasti lebih... Jadi tidak mustahil kadang2 anda blogger baru lebih mahir berbanding otai2 blogger.. Betul tak???

Sebenarnya anda blogger2 baru tidak kurang hebat juga berbanding blogger2 otai cuma mereka duluan bertapak dalam dunia blogging. jadi mereka telah lama dikenali, sedangkan anda baru saja akan dikenali iaitu dalam proses..... Apa yang paling penting bagi blogger2 baru di sini ialah mempelajari teknik2 penulisan dalam blog yang mana blog semuanya berkait rapat dengan pelawat @ visitor... Kalian mau tahukah apa keyword paling bagus dalam blog aku?? Aku cuba2 juga cari keyword yang bagus tapi keyword yang selalu membawa visitor terutama visitor dari Indonesia ialah "SENGATAN LIPAN". Juga keyword "PENGHAWA DINGIN". Aku pun tidak tahu macamana keyword macam tu ngam dengan penulisan aku.. Nampaknya aku kena menulis lagi tentang lipan dan penghawa dingin ini...:-) 

Jadi pada pendapat aku, entri adalah 80% untuk kemajuan blog dan 20% lagi ialah yang lain2 seperti blogwalking, forum dan sebagainya.. Anda blogger2 baru hanya perlu bersabar dan cuba untuk memperbaiki teknik berblogging anda.. Saya percaya otai2 dulu pun mengalami seperti apa yang anda rasa dan alami sekarang. Tiada blogger yang terus menjadi terkenal kecualilah dia memang orang terkenal seperti pemimpin dan artis..

Percayalah satu hari nanti giliran anda akan tiba. Waktu itu anda boleh bangga dengan pencapaian anda... 


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.


Bookmark and Share
Share

Friday, May 7, 2010

KISAH SEORANG BIASA YANG HANYA LULUS SPM MENJANA RM25000 SEBULAN

Salam,

Kisah yang aku coretkan pada kali ini ialah mengenai seorang biasa yang hanya lulus SPM dan sekarang menjana RM 25,000 sebulan. Apakah yang menyebabkan beliau boleh mendapat pendapatan yang begitu tinggi. Apa kerja yang boleh buat duit seperti itu? Kita yang kerja dengan kerajaan atau swasta mau dapat rm4000 pun susah...

Dahulu beliau yang hanya mempunyai kelulusan SPM berkerja sebagai pembantu makmal sekolah. Gaji untuk ini kalau di kira semua adalah lebih sikit Rm 1000.  Apabila beliau mendapati yang gaji seperti itu tidak mncukupi untuk menampung keluarganya, beliau berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan pendapatan sampingan dan perlahan-lahan beliau mengumpul duit dari gajinya untuk dibuat deposit membeli sebuah kereta jenis toyota hilux dan dengan kereta ini beliau membuat kerja transport sayur-sayuran dari Mesilou Ranau ke KUndasang. Pekan Kundasang merupakan pusat pengumpulan sayur di daerah ini. Rupa-rupanya kerja sebegini lumayan dengan pendapatan rm3000 sebulan. Keuntungan diperolehi dari penjualan semula sayur yang di beli di Mesilou dengan untung Rm1 sekilo. Beliau hanya mengambil satu tan sayur sekali seminggu.. so bayangkan pendapatannya.. 

Tambahan daripada itu beliau juga memulakan bisnes sayur dari kundasang ke Kota Kinabalu dengan keuntungan yang lebih tinggi iaitu sekitar rm2 sekilo. Ini kerana bekalan sayur boleh didapati pada harga yang murah di Kundasang malahan lebih murah lagi jika diambil dari penanam itu sendiri.

Dengan pendapatan seperti ini dan ditambah dengan gaji bulanannya akhirnya beliau berjaya membeli sendiri tanah pertanian seluas 10 ekar di Mesilou, Ranau dan mengusahakan sendiri tanah tersebut dengan menggaji beberapa orang pekerja asing dan menanam pelbagai tanaman seperti tomato, kobis, cili dan sebagainya.. Beliau menjual sendiri hasil tanaman di kebunnya itu ke Kota Kinabalu dan mengembangkan lagi jualannya sehingga ke Brunei dan Lawas Sarawak. Dari sinilah pendapatannya mula berkembang maju dan boleh dikatakan untung bulanan melebihi rm25000. Beliau tidak bercadang untuk berhenti kerja sebaliknya menggaji orang untuk membantunya menghantar dan menjual sayur tersebut.. Kerjanya lebih senang.

Beliau tidak menoleh ke belakang lagi dan baru2 ini beliau mula membeli beberapa ekar tanah lagi untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit dan sudah mula mengeluarkan hasil. Saya berpendapat beberapa bulan lagi beliau sudah bergelar jutawan andainya belum jadi jutawan pada masa ini..

Sekarang ini beliau sudah memiliki 5 buah lori untuk kegunaan bisnesnya dan beberapa buah rumah di Kota Kinabalu yang disewakan. Saya dapat rasakan yang pendapatan beliau itu akan sentiasa berkembang dengan bisnes baru yang diceburinya. Begitulah kisahnya yang saya rasa boleh jadi tauladan kita semua. Hanya denagn menjual sayur beliau boleh menjadi kaya... walaupun bukan yang paling kaya tetapi agak kaya dengan hanya menjual sayur dan kelulusan SPM. tidak memiliki sebarang Degree certificate..

Kita pula bagaimana? mau jadi penulis blog seumur hidup? Boleh juga tapi kena ada kerja dan pendapatan sampingan lain.. Kerja berblog tidaklah menguntungkan sangat selain kepuasan yang hanya dapat dirasakan oleh diri masing2..

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini