CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label World best player. Show all posts
Showing posts with label World best player. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

Good bye Germany..YOU'RE NOT IN THE FINAL THIS YEAR...'Paul' memang telah jangka keputusan ini....SPAIN 1-0 GERMANY

Spain 1- 0 Germany 

     1  

  0

Memang berar ramalan si Paul...Akhirnya Jerman terpaksa mengakui hakikat yang Sepanyol lebih handal dan menguasai segenap posisi dalam perlawanan ini...Hanya sekali-sekala Jerman dapat memasuki kawasan Sepanyol...Bolehlah dikatakan yang Sepanyol menguasai bola dan hanya bermain setengah padang.. 

Puyol pemain Barca ini menjaringkan gol pada separuh masa kedua dan seterusnya membawa pasukan Sepanyol ke perlawanan akhir.. Jika tidak kerana sikap tamak Pedro yang mendapat hantaran dari Xavi Hernendez pada minit ke 83 dan memberikan bola kepada Torres di sebelah kirinya yang memang kosong maka sudah pasti pasukan Sepanyol memenangi perlawanan ini 2-0...

Apapun pada piala dunia kali ini pasukan Sepanyol telah menempah sejarah dengan memasuki peringkat separuh akhir dan akhir buat pertama kali..

Tahniah kepada semua pemain Sepanyol...

Buat pemain Jerman..Cuba lagi pada piala dunia tahun 2014..


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Friday, June 18, 2010

REKABENTUK BOLA MEMPENGARUHI KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLASEPAK PIALA DUNIA

Salam,

Perlawanan bolasepak piala dunia di Afrika Selatan baru memasuki pusingan kedua dan ada beberapa rungutan yang jelas kedengaran terutamanya di kalangan pemain dan pengurus serta jurulatih pasukan-pasukan yang bertanding..

Satu perkara yang jelas ialah penggunaan bola jenis jabulani yang diciptakan khas untuk piala dunia pada kali ini yang mana bila ditendang akan menghasilkan curve  atau lencongan yang agak besar dan ini tentu akan menyukarkan mana-mana penjaga gol. Tetapi ianya juga merupakan satu kelebihan kepada penendang bola terutama jika ada tendangan bebas di depan pintu gol...

 



Antara bola yang digunakan pada piala dunia kali ini..

Beberapa pemain telah menjadi mangsa bola antaranya Robert Green (G-keeper England). Deigo Maradona juga melahirkan pendapat yang sama mengenai bola tersebut.. dalam kenyataannya penggunaan bola tersebut membuatkan jaringan pada piala dunia kali ini amat sedikit..

Tetapi apapun alasannya keadaan ini harus dijadikan cabaran kepada semua pemain dan pasukan yang bertanding untuk menambahkan lagi mutu perlawanan.. Ada pemain yang cepat menyesuaikan diri dengan keadaan dan semua pemain lain harus mengikuti langkah yang sama.

Bukan mencari alasan atas kekalahan mereka kepada perkara yang remeh-temeh ini... 
GOOOO ENGLAND...




Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Sunday, May 30, 2010

Demam piala Dunia.. Apa yang berlaku bila sudah ketagih main bola...

Piala dunia 2010 kurang 2 minggu lagi.. Debaran semakin terasa bukan saja kepada pemain yang terlibat serta negara yang terlibat tetapi juga kepada penonton yang semakin resah menantikan permulan perlawanan pada tahun ini..

Semakin dekat semakin rancak orang mengatakan tentang permainan bola sepak ini.. Tengok gambar di bawah...sami-samipun sudah mula bermain bola sepak sesama mereka.

 
Sebenarnya permainan bola sepak ini bukan sahaja heboh dikalangan manusia.. tahun ini kemeriahan turut dirasai oleh binatang seperti ayam di bawah..




Best cuma masalahnya ialah mereka berebut bola walaupun mereka bermain untuk pasukan sama..hehe



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Thursday, May 27, 2010

PEMAIN-PEMAIN BOLASEPAK YANG PALING BERPENGARUH DAN BOLEH MEMBAWA KEMENANGAN KEPADA PASUKAN MASING-MASING

Bolasepak Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan..


Di bawah ialah pemain-pemain yang paling berpengaruh dan boleh membawa kemenangan kepada pasukan masing-masing semasa Piala Dunia di Afrika Selatan... Kebolehan mereka memang tidak dapat disangkal dan sentiasa merbahaya apabila berada di pintu gol lawan membuatkan mereka disegani oleh kawan dan lawan..

 
 Didier Drogba...Ivory Coast...

 Frank lampard..England..


 Lionel Messi... argentina....

 Arjen Robben..Belanda...

 Robin Van Persie...Belanda..

 Wayne Rooney...England..


 Fernando Torres...Sepanyol...

  Christiano Ronaldo...Portugal..

Pemain-pemain dari negara yang kurang ternama juga boleh melakukan kejutan kerana pada jangkaan saya peringkat awal piala dunia pada tahun ini penuh dengan kejutan. Apapun pasukan-pasukan besar tetap menjadi pilihan berdasarkan pengalaman mereka bertanding dalam piala dunia ini..

Tiada sebarang pemain Brazil dan Jerman yang tersenarai kerana semua pemain dalam skuad ini berupaya melakukan sesuatu.. Anda lihatlah nanti..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini